Sabtu, 6 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Peniaga barang kemas AS sokong penafian Rosmah beli cincin RM24 juta

Posted: 06 Apr 2013 12:18 AM PDT

Oleh Ida Lim
April 06, 2013

KUALA LUMPUR, 6 April — Pengusaha barang kemas Amerika Syarikat (AS), Jacob & Co, tampil menafikan pembelian cincin berlian bernilai RM 24 juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor daripada mereka pada 2011, memberikan kelebihan kepada isteri pemimpin negara itu yang menafikan kritikan terhadapnya.

Dalam laman YouTube yang dimuat naik blogger Raja Petra Kamarudin semalam, pekerja kedai emas yang berpangkalan di New York itu berkata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya melihat cincin tersebut yang kemudiannya di jual kepada pelanggan yang tidak dinamakan mereka.

"Ia dihantar untuk pameran dan tujuan pemeriksaan, bukan untuk dijual, kepada pengetahuan Maira Nazarbayev di bawah jagaan Puan Rosmah Mansor," kata Pengarah di Jacob & Co Philip Nassimi, dalam video berkenaan, merujuk kepada besan Rosmah (gambar).

Pemimpin pembangkang telah menggunakan kontroversi cincin tersebut sebagai dakwaan mereka bahawa isteri pemimpin negara itu menyalahgunakan kedudukannya untuk membeli barangan mewah.

Bagi tujuan itu, mereka mula mencetak CD, mencetak dan menerbitkan phamplete dan diedar di kawasan kerusi majoriti Melayu menunjukkan Rosmah dan cincin bernilai RM 24 juta berkenaan sejak 2011, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Namun dalam temuramah video tersebut, Nassim menjelaskan cincin dengan berlian kelabu kebiru-biruan 30.11- karat itu, bernilai US$8 juta, dihantar dari New York ke Malaysia pada 15 April 2011, kemudiannya dihantar kembali kepada Jacob & Co pada 13 Mei 2011, dan tidak pernah dibeli Rosmah.

Dalam video itu juga, dokumen penghantaran dan dokumen Perlindungan Sempadan dan Kastam AS ditunjukkan sebagai bukti cincin itu dihantar semula ke Amerika daripada Malaysia.

Nassimi berkata nama Rosmah dilihat dalam dokumen tersebut kerana firma barangan kemas itu mengkehendaki alamat penghantaran ke Malaysia, berikutan Maria bukanlah rakyat negara itu.

"Sebab kenapa nombor House Airway Bill menyertakan nama Puan Rosmah Mansor kerana menghantar barangan berharga ke Malaysia, Kuala Lumpur, ia perlu dihantar kepada rakyat Malaysia, bukan rakyat asing."

Sebelum itu beliau berkata: "Disebabkan Maira Nazarbayev hanyalah tetamu di kediaman perdana menteru, barangan itu perlu dihantar sedemikian."

Nassimi berkata, Maira adalah pelanggan VIP mereka sejak lebih 10 tahun, dan amat dihormati, namun ada VIP lain yang membeli cincin tersebut, yang enggan mendedahkan namanya.

"Cincin itu tidak dibeli Puan Rosmah atau Maira Nazarbayev," katanya dalam video lebih tiga minit berkenaan.

Blogger pro Umno sejak awal minggu ini mendedahkan isteri perdana menteri tidak membeli cincin berkenaan, malah Rosmah juga dalam buku biografinya menafikan memiliki cincin berkenaan.

Dalam bukunya itu, Rosmah berkata cincin itu hanya di bawa untuk dilihat oleh Maira ketika persiapan untuk pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan anak lelaki Maira Daniyar Nazarbayev. Kedua-dua mereka bertunang pada 17 Jun 2011.

"Ianya tiba di Kuala Lumpur pada 16 April 2011. Selepas dilihat Maira, cincin itu dihantar keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ianya diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ianya dipulangkan ke Ibu Pejabat Jacob & Co di New York pada 13 Mei 2012," kata Rosmah.

Tuduhan itu pertama kalinya dibuat oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin pada 2011 apabila beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa memiliki maklumat cincin berharga RM24,458,400 memasuki Kuala Lumpur dengan Rosmah merupakan penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kemudiannya mengesahkan walaupun cincin itu di bawa masuk ke Malaysia, ianya tidak dijual dan dikembalikan kepada pemiliknya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah, namun tidak menyatakan sama ada beliau pernah melihat cincin berkenaan.

Taib perlu letak jawatan atau Najib perlu mansuh SPRM, kata pemimpin Pakatan

Posted: 05 Apr 2013 11:50 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 06, 2013

KUALA LUMPUR, 6 April — Pemimpin Pakatan Rakyat beranggapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dimansuhkan kerana Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak boleh berbuat apa-apa apabila ketua menteri Sarawak enggan bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah tersebut.

Pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider menegaskan, sebagai sebuah badan yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, SPRM seharusnya dihormati, namun tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud seakan-akan  memperlekeh badan tersebut diburukkan lagi apabila Najib sendiri dilihat tidak mempu melakukan apa-apa tindakan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Najib juga harus meletak jawatan ekoran keengganan Abdul Taib untuk bekerjasama SPRM berhubung pendedahan oleh Global Witness mengenai skandal balak di Sarawak.

"Apa yang lebih teruk ialah sifat bongkak Taib Mahmud sebagai seorang Ketua Menteri yang merasakan dirinya mengatasi undang-undang," tegas Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Najib mesti menuntut supaya Taib meletakkan jawatan jika benar Najib komited dengan kedaulatan undang-undang, ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah memandangkan ia bukan sahaja memalukan BN tetapi juga negeri Sarawak dan negara Malaysia.

"Jika Taib tidak meletakkan jawatan, ini jelas memperlihatkan bahawa wujudnya 'double-standard'  apabila Ketua Menteri Sarawak menikmati kekebalan undang-undang dari apa sahaja kesalahan yang boleh dikenakan ke atas rakyat biasa."

Awal bulan lalu, penyiasat bebas Global Witness telah mendedahkan sebuah video yang memaparkan aktiviti rasuah dalam industri pembalakan di Sarawak dengan menyamar sebagai seorang pelabur balak dari luar negara dan menemuramah sepupu Abdul Taib.

Abdul Taib sebelum ini dilaporkan berkata SPRM tidak layak mendapat kerjasamanya berhubung penyiasatan berkenaan, malah menyifatkan badan anti rasuah itu sebagai "nakal" dan telah "tidak jujur".

Ketua menteri Sarawak itu turut menyifatkan siasatan rasuah SPRM terhadapnya menjadikan beliau sabagai mangsa.

"Rakyat Malaysia sedang menanti untuk melihat sama ada Najib berani untuk bertindak ke atas Taib disebabkan kenyataannya yang memalukan itu," kata Lim lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan lebih baik SPRM dibubarkan jika Najib tidak berani mengambil tindakan terhadap Abdul Taib.

"Kenapa perdana menteri takut nak ambil tindakan? Sedangkan beliau telah menandatangani perjanjian integriti ... kalau macam tu bubar sahaja SPRM," tegasnya.

"Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen daripada Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang," tegasnya lagi kepada The Malaysian Insider.

Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan pihak SPRM apabila seseorang disiasat boleh menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, pula menegaskan tindakan yang dibuat Taib itu jelas menunjukkan Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya sehingga beliau berani mengatasi undang-undang.

"Tiada proses transformasi dalam BN," katanya yang dikenali sebagai Tian Chua.

"Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata," katanya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved