Selasa, 9 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ku Nan: Pengundi akan tentukan nasib Husam

Posted: 09 Apr 2013 01:35 AM PDT

Oleh Zurairi AR
April 09, 2013

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menerima pencalonan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya. — Gambar oleh Choo Choo MayKUALA LUMPUR, 9 April  — Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak gentar dengan pengumuman PAS akan meletakkan Naib Presiden mereka, Datuk Husam Musa (gambar) di kerusi Parlimen Putrajaya kerana beliau tidak akan mendapat sokongan di sana.

Kenyataan itu dikeluarkan Tengku Adnan selepas pemimpin PAS hari ini mengesahkan teka-teki Husam akan kawasan pusat pentadbiran kerajaan Pusat itu di Ibu Pejabat PAS di sini.

"Apa yang boleh saya katakan adalah saya akan mempertahankan Putrajaya," kata Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan kepada The Malaysian Insider melalui khidmat pesanan ringkas di sini.

Setiausaha Agung Umno itu mengakui beliau tidak melihat Husam sebagai ancaman, kerana tiada sokongan untuk parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sana.

"Penjawat awam dan masyarakat Melayu sedar apa Husam dan PAS sudah buat di Kelantan.

"Putrajaya tidak akan menerima orang luar sebagai wakil rakyat mereka," tegasnya lagi.

Husam mengakui beliau menggalas tugas mencabar untuk memperolehi kerusi Putrajaya, namun menolak dakwaan ia akan menamatkan karier politiknya sejiranya tewas menentang Ku Nan.

"Kita akui kerusi itu sukar dimenangi selain Tengku Adnan. Beliau tokoh yang sangat hebat dan seorang pakar strategi, disebabkan itu beliau menjadi setiausaha agung Umno."

Beliau turut memberi amaran kepada petugas parti agar tidak memasang bendera di kawasan-kawasan utama kerana Putrajaya jelasnya adalah bandar protokol dan kawasan jalan-jalan dan bagunan utama tidak seharusnya dicemari poster dan bendera yang berlebihan.

Tengku Adnan memenangi Putrajaya pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti undi 2,724, menewaskan calon PAS Mohammad Nor Mohamad.

Kawasan pentadbiran kerajaan Persekutuan itu membentuk 94 peratus pengundi Melayu.

Raja Nong Chik bidas Malaysiakini putar belit fakta

Posted: 09 Apr 2013 12:55 AM PDT

April 09, 2013

Raja Nong Chik berkata beliau tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham mana-maan syarikat luar pesisir yang lain. - Gambar fail

KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini membidas portal berita Malaysiakini kerana memutar belit fakta berhubung pembabitannya dalam syarikat luar pesisir RZA International Corporation.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu dalam kenyataan medianya, berkata walaupun fakta sebenar telah diberi kepada pihak portal berita berkenaan, mereka tetap memutar belit fakta sehingga mencemarkan nama beliau dan keluarga.

"Malaysiakini telah memburuk dan mencemar nama baik bapa saya dengan menggambarkan beliau terlibat dengan 'wang haram', 'pengelakan cukai' dan 'transaksi tidak sah' semata-mata untuk memberi kelebihan kepada calon mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini jelas menunjukkan sikap tidak beretika dan niat jahat Malaysiakini dengan memutar belit fakta dalam pelaporan mereka yang seterusnya merupakan satu percubaan untuk mendapatkan kelebihan politik," katanya.

Portal berita itu menerusi laporan bertajuk 'Politicians among 1,500 who own offshore companies' yang bertarikh 5 April lepas, antara lain mendakwa Raja Nong Chik menubuhkan RZA International Corporation bersama bapanya Raja Zainal Abidin Raja Haji Tachik, beberapa adik-beradiknya dan juga anggota keluarga yang lain.

Mengulas perkara itu, Raja Nong Chik berkata pada 2 April lepas beliau telah menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa RZA International Corporation ditubuhkan oleh bapanya pada 21 Ogos 2007, iaitu sebelum beliau menjadi menteri.

"Pada Ogos 2007, sebelum saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, bapa saya telah membuat keputusan untuk mengagihkan saham RZA International Corporation kepada ibu, adik-beradik, anak-anak arwah abang saya dan juga kepada saya," katanya.

Menurut Raja Nong Chik, syarikat yang bertujuan membuat pelaburan luar pesisir untuk keluarga sendiri itu bagaimanapun ditutup pada Disember 2008 atas arahan bapanya, tanpa membuat sebarang pelaburan.

"Untuk rekod, saya tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham mana-maan syarikat luar pesisir yang lain," katanya. - Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved