The Malaysian Insider :: Breaking Views |
CEO Apple minta maaf kepada pengguna China Posted: 02 Apr 2013 10:03 AM PDT
"Bagi sebarang salah faham yang menyebabkan pengguna China bertanggapan bahawa sikap Apple itu sebagai 'angkuh, tidak peduli atau tidak menghargai maklum balas pengguna China', kami meminta maaf di atas perkara ini," kata Cook dalam satu kenyataan maaf yang diposkan di laman web Apple China. Menurut kenyataan itu, Apple menerima maklum balas berhubung polisi jaminannya di China dalam tempoh dua minggu lepas, dan ia telah menilai semua aduan itu. Menurut kenyataan itu lagi, untuk menambah baik perkhidmatan syarikat, empat pelarasan utama sedang dilaksanakan, termasuk menambah baik polisi jaminan bagi iPhone 4 dan iPhone 4S untuk menyediakan hala tuju jelas tentang penyelenggaraan dan polisi jaminan, meningkatkan penyeliaan dan latihan bagi penyedia perkhidmatan sah dan memastikan pengguna dapat menyediakan maklum balas segera bagi isu-isu berkaitan perkhidmatan. Terdahulu, badan pemantau pasaran perdagangan China, Persatuan Pengguna China (CCA), menggesa Apple meminta maaf berhubung polisi jaminannya, apabila pengguna China mengadu pengeluar iPhone itu mengguna pakai polisi berbeza bagi perkhidmatan pembaikan dan pengembalian di China. CCA juga menggesa Apple menyamakan tempoh jaminan di China dengan negara-negara lain. Agensi berita negara, Xinhua melaporkan China Central Television (CCTV) menyiarkan satu program khas pada 15 Mac, 2013 dan mendedahkan Apple menawarkan tempoh jaminan lebih singkat di China berbanding negara-negara lain dan menggunakan bahagian-bahagian membaik pulih bagi pembaikan dan mengelakkan obligasi selepas jualan. Bagaimanapun, Apple menekankan dalam kenyataan itu bahawa "hampir 90 peratus pengguna berpuas hati dengan polisi jaminan kami". Dilaporkan bahawa Apple hanya memperoleh 7.7 peratus bahagian pasaran telefon pintar di belakang Samsung pada 22.5 peratus, Lenovo 10.7 peratus dan tiga jenama domestik lain. —Bernama |
Abdul Ghani perjelas kekeliruan berkaitan ESSZONE, ESSCOM Posted: 02 Apr 2013 09:59 AM PDT Beliau berkata jika orang ramai keliru sama ada merujuk operasi keselamatan di pantai timur Sabah kepada ESSZONE atau ESSCOM, mereka boleh merujuknya kepada jawatankuasa berkenaan sebagai entiti utama yang mentadbir keseluruhan operasi keselamatan. "Bahagian 2 Peraturan 5 Subperaturan 1 (Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013) menyatakan bahawa satu jawatankuasa ditubuh dan dikenali sebagai Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur. "Selepas itu, anda ada ESSZONE, yang terpakai di 10 daerah (Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau) sebagai asas pelaksanaan, dan ESSCOM yang merupakan ejen penguatkuasaan yang meliputi 10 daerah berkenaan," katanya pada sidang akhbar berkaitan Persidangan Transformasi Politik berhubung keselamatan Sabah dan ESSZONE yang akan diadakan esok.
Beliau berkata jawatankuasa pengawasan akan melihat pelaksanaan dan prestasi Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur. "Jawatankuasa itu mungkin akan memberi nasihat dan arahan berhubung apa yang harus dilakukan untuk kebajikan rakyat di Sabah. "Ini menunjukkan Perdana Menteri prihatin terhadap keselamatan penduduk di pantai timur negeri itu," katanya. Mengulas persidangan itu, Abdul Gani dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dijadual memberi ceramah berkaitan keselamatan dan pelaksanaan undang-undang di Sabah, terutama di pantai timur. Beliau berharap maklum balas orang ramai pada persidangan itu akan memastikan kelancaran operasi keselamatan di pantai timur. Abdul Gani juga berkata Musa akan merasmikan persidangan itu dan melancarkan buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by the Self-Proclaimed Sultanate of Sulu' tulisan beliau sendiri. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: ALL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan