Selasa, 9 April 2013

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Kerajaan BN pimpinan Najib focus bangunkan bidang pendidikan, jaga kebajikan pendidik

Posted: 09 Apr 2013 09:04 AM PDT

April 10, 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. — Gambar failTAWAU, 9 April — Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak begitu fokus membangunkan bidang pendidikan dan menjaga kebajikan para pendidik sehingga para pensyarah dan guru merupakan antara golongan yang paling terasa sentuhan kasih sayang kerajaan.

Menurut tokoh akademik disegani di Sabah, Datuk Mary Yap Kain Ching, kebajikan pendidik dijaga dengan baik dengan pemberian pelbagai insentif seperti pembangunan profesionalisme secara berterusan dan elaun kritikal untuk guru teknik vokasional serta guru bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk memotivasi mereka.

"Selain itu, warga pendidik juga mempunyai peluang baik naik pangkat hingga ke tahap tinggi tanpa perlu meninggalkan sekolah sama ada dihantar bertugas ke pejabat pelajaran atau ke kementerian berdasarkan konsep 'naik pangkat tanpa berpindah'," katanya kepada Bernama di sini.

Mesra dengan nama Mary Yap, beliau berkata insentif kenaikan pangkat melalui konsep ini tidak terhad kepada para pengetua sahaja malah turut dinikmati guru-guru lain melalui pengenalan 'Guru Cemerlang' di samping kenaikan pangkat menurut kaedah 'time-based'.

"Jadi ini sudah menunjukkan satu justifikasi cukup jelas bahawa BN bersikap penyayang kerana apa yang sangat penting ialah kebajikan warga pendidik dijaga dengan baik," katanya.

Mary Yap, bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Teknik Tawau, menyifatkan kerajaan BN sebagai kerajaan penyayang kepada semua rakyat dan memberi perhatian berat terhadap keperluan dan kepentingan pendidikan secara merata termasuk sekolah mubaligh dan sekolah jenis kebangsaan.

"Semua sekolah ini juga termasuk dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional Malaysia (PPPN) yang dilancarkan perdana menteri untuk tahun 2013 hingga 2025," katanya yang juga Pengerusi Persekutuan Majlis Sekolah-Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Mary Yap, yang pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan atas sumbangannya dalam bidang pendidikan, menangkis tanggapan pihak tertentu kononnya pelbagai inisiatif dan sentuhan kasih sayang BN bertujuan memancing undi, memandangkan ia sememangnya perancangan kerajaan melalui belanjawan negara.

Katanya kerajaan BN juga tidak mengambil ringan soal pembinaan modal insane berkualiti untuk masa depan negara melalui usaha berterusan menambah baik sistem pendidikan menjadikannya bertaraf dunia.

Kementerian Pelajaran sekarang, menurutnya, bukan sahaja terus berusaha menjaga kebajikan warga pendidik malah berusaha mewujudkan sistem atau dasar pendidikan yang boleh memacu kecemerlangan pendidikan dan modal insan negara pada masa depan.

"Sebagai seorang pendidik, saya melihat Kementerian Pelajaran memang menjaga warga pendidik dengan baik. Pelbagai aliran sekolah seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama juga wujud dan mendapat perhatian besar kerajaan BN," katanya.

Mary Yap berkata di bawah kerajaan BN pelbagai program dan inisiatif melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenalkan untuk membawa kemakmuran kepada semua lapisan masyarakat.

"Jelaslah BN merupakan parti yang bersikap penyayang. Rakyat terutama golongan berpendapatan rendah tidak mungkin mendapat perhatian sebaik ini jika bukan BN yang memerintah," katanya memetik pelbagai contoh program yang sudah dilaksanakan dan memberi manfaat besar kepada rakyat jelata.

Ia termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, pemberian baucer buku kepada pelajar pengajian tinggi, skim rumah pertama, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini dijanjikan diberi berterusan dengan pelbagai penambahbaikan.

Mary Yap yang juga anggota Majlis Penasihat Wanita Sabah berkata kerajaan BN juga melaksanakan banyak program ekonomi dan sosial untuk membantu mempertingkat taraf hidup dan menjaga kebajikan wanita termasuk ibu tunggal dan warga emas.

Beliau yakin kerajaan BN berada di landasan yang betul bagi memacu pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020, namun menegaskan bahawa rakyat perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi atas kesungguhan dan komitmen tinggi pemimpin BN untuk membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara. — Bernama

Olympic satire races against dramas in top British TV awards

Posted: 09 Apr 2013 08:56 AM PDT

April 09, 2013

The British Academy Television Awards. — AFP picLONDON, April 9 — A television satire that lampooned organisers of the 2012 London Olympics was in a head-to-head race against two dramas as the most nominated shows in Britain's top TV awards today.

The satire "Twenty Twelve" received four nominations in the British Academy Television Awards as did the Hitchcock drama "The Girl" and romantic series "Last Tango in Halifax".

Three actors from "Twenty Twelve" were competing for best performance in a comedy programme — Jessica Hynes, Olivia Colman, and Hugh Bonneville — while the show on public broadcaster BBC was also nominated for best Situation Comedy.

The Olympic opening ceremony aired on BBC1 was also nominated for an award, in the Sport and Live Event category, alongside the Olympics Super Saturday on BBC1, Channel Four's Paralympic cover and Wimbledon's Men's Final broadcast by BBC1.

Actors from the most nominated drama series were competing for the top acting awards handed out by the British Academy of Film and Television Arts' (BAFTA) in its annual TV prizes.

Tony Jones from "The Girl" shown on BBC2 was up against Derek Jacobi from "Last Tango in Halifax" on BBC1 for Leading Acting.

The four-man field also included Ben Whishaw, best known as the gadget guy Q in the James Bond movie "Skyfall," for his portrayal of Richard II on BBC2, and Sean Bean for playing the transvestite Tracie in "Accused" on BBC1.

Sienna Miller in "The Girl" was competing against Anne Reid from "Last Tango in Halifax", Rebecca Hall from period drama "Parade's End" and Sheridan Smith from "Mrs Biggs" about the wife of the great train robber Ronnie Biggs for Leading Actress.

The International Award was a contest between the Danish crime drama "The Bridge" on BBC4, the post 9/11 psychological drama "Homeland" on Channel 4, and Sky's fantasy epic "Game of Thrones" and New York quirky comedy "Girls".

An ITV expose about the late TV presenter Jimmy Savile who, posthumously, was found to have carried out sex crimes on an unprecedented scale over six decades, was nominated for best Current Affairs show.

Also competing in this category was a Panorama special about Britain's hidden housing crisis, a documentary called "The Shame of the Catholic Church" on BBC2 and the second nomination for Arab news channel Al Jazeera's "What Killed Arafat?"

Among the leading channels, BBC2 led the field with a total of 26 nominations, followed by BBC1 with 22, Channel 4 with 16, and ITV with 10.

The BAFTA TV awards, sponsored by Arqiva, will be announced on May 12. — Reuters

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved