Jumaat, 10 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tukang rumah dipenjara, 30 sebatan tipu sewa beli rumah PPR

Posted: 10 May 2013 02:38 AM PDT

May 10, 2013

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Seorang tukang rumah hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 40 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap 10 pertuduhan menipu 11 orang melibatkan urusan sewa beli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas C.S. Komagan, 35, dari Selayang mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan terbabit.

Namun, tertuduh yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan, hanya perlu menjalani hukuman penjara selama empat tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 1 Mei lepas.

Bagi 10 pertuduhan itu, Komagan didakwa menipu 11 mangsa yang berumur antara 26 dan 53 tahun sehingga memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa dia boleh menguruskan pembelian dan penyewaan beberapa unit rumah PPR sehingga mendorong mangsa memasukkan wang yang kesemuanya berjumlah RM28,392 ke dalam akaun CIMB milik tertuduh.

Bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur antara 24 Feb 2012 hingga 15 April lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengakui dirinya kakitangan DBKL yang menawarkan rumah PPR sehingga menyebabkan kesemua mangsa percaya dan memasukkan wang ke dalam akaunnya bagi urusan pembelian rumah itu.

Mangsa hanya menyedari  mereka diperdaya selepas tertuduh tidak muncul di Unit Perumahan DBKL bagi penyerahan kunci rumah dan dia juga tidak dapat dihubungi. Pihak DBKL kemudian mengesahkan tertuduh tidak bekerja di DBKL dan tiada sebarang dokumen atau rumah PPR ditawarkan kepada mangsa disebabkan tiada kekosongan berhubung pembelian rumah itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon hukuman setimpal kerana tertuduh telah mengambil jalan mudah untuk menipu demi kepentingan diri sendiri.

"Kesemua mangsa yang diperdaya bukan daripada golongan yang berharta dan mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan bagi mendapatkan rumah PPR dan tertuduh dilihat mencari keuntungan atas kesusahan orang lain," katanya.

Komagan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung keluarga dan anak yang masih bersekolah.

Ketika disoal Mat Ghani sama ada dia boleh membayar denda atau pampasan kepada kesemua mangsa, tertuduh menjawab: "Saya tidak mampu untuk berbuat demikian." — Bernama

Malaysia perlu lebih banyak kapal selam, kata bekas panglima TLDM

Posted: 10 May 2013 02:11 AM PDT

May 10, 2013

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Malaysia memerlukan lebih banyak kapal selam untuk beroperasi secara efektif dalam mengawal kedaulatan negara terutama di Laut China Selatan yang luas, kata bekas Panglima Tentera Laut Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Beliau berkata untuk menjadi sebuah angkatan laut yang berjaya dan berkesan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan enam kapal selam atau sekurang-kurangnya tiga buah.

Malaysia kini memiliki dua kapal selam Scorpene yang berpangkalan di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Sampai masa ada kapal yang terpaksa menjalani pembaikan atau servis yang akan memakan masa berbulan-bulan, kalau setakat dua buah kapal, ini akan mengganggu operasi tentera laut," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pembinaan armada kapal selam yang membabitkan beberapa negara serantau seperti Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

Singapura baru-baru ini memasukkan kapal selam terpakai dari kelas Archer untuk berkhidmat di samping empat kapal selam dari kelas terpakai Challenger.

Mohd Anwar berkata contoh terbaik bagi menghadapi masalah itu ialah pembelian enam kapal perang Gowind oleh TLDM.

Blogger pertahanan, militaryofmalaysia.net yang hanya mahu dikenali sebagai Shahpaskal memberitahu operasi kapal selam tidak sesuai di Selat Melaka kerana lautnya cetek dan mempunyai banyak gangguan sonar.

"Tidak ada kapal selam yang berani menyelam di Selat Melaka. Jika terdapat sebarang konflik dengan tujuan menutup selat itu daripada laluan perkapalan, ia akan berlaku di kawasan Laut China Selatan atau di Teluk Bengal dan Laut Andaman," katanya.

Beliau berkata umumnya orang ramai keliru dan beranggapan kapal selam hanya mampu menembakkan torpedo serta melancarkan komando dan periuk api.

"Kapal selam merupakan senjata yang paling efektif, ia boleh menjadi aset pengintipan untuk tugas Sigint dan Elint (Signal Intelligence dan pengintipan elektronik) yang berkesan .. .ini disebabkan Malaysia tidak mempunyai kapal pengintipan elektronik yang dedikasi seperti yang ada di negara maju," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved