Sabtu, 11 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Chua Soi Lek enggan undur diri, kekal pendirian MCA tidak terima jawatan kerajaan

Posted: 11 May 2013 01:10 AM PDT

TERKINI @ 04:15:03 PM 11-05-2013

Oleh Md Izwan
May 11, 2013

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek enggan mengundur diri sebelum memastikan parti MCA stabil. - Gambar failKUALA LUMPUR, 11 Mei — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata enggan mengundur diri daripada jawatan presiden MCA walaupun terdapat tekanan, disamping kekal dengan pendirian parti tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Dr Chua berkata mahu memastikan parti tersebut stabil terlebih dahulu sebelum mengundur diri dan mengakui bertanggungjawab ke atas keputusan yang diperoleh parti tersebut.

"Saya akan pergi pada masa yang sesuai, selepas selesai segalanya.

"Selepas semua berada dalam keadaan baik dan tersusun semula," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat MCA disini.

Kenyataan Dr Chua tersebut hadir selepas sekumpulan pemimpin veteran MCA menggesa perletakkan jawatan semalam, namun Dr Chua berkata sokongan akar umbi ke atasnya masih kuat.

"Mereka (pemimpin veteran MCA) sangat menyayangi parti ini, tetapi pada masa sama ramai juga yang masih menyokong saya kekal," kata Dr Chua mengulas tentang gesaan sekumpulan pemimpin veteran parti yang mahu beliau letak jawatan kerana prestasi buruknya.

Dalam pada itu, Dr Chua juga mengulangi pendirian yang dibuat semasa mesyuarat agung tahunan lalu bahawa parti tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika gagal mendapat keputusan baik dalam PRU13.

"Parti akan mematuhi semua resolusi yang dibuat pada AGM 2011 dan 2012 lalu, dimana MCA akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan jika prestasi parti buruk dalam Pilihan Raya 2013," kata Dr Chua lagi.

Berbeza dengan rakan komponen BN lain seperti Gerakan dimana presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mengumumkan perletakkan jawatan pada 15 Mei ini, Dr Chua berkata mahu mengukuhkan parti tersebut dahulu dengan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin pada bulan depan diperingkat bahagian, negeri dan pusat dan dijangka berakhir Disember nanti.

Dr Chua juga berkata tidak menolak akan melepaskan jawatannya tetapi berhasrat melakukan selepas berakhir pemilihan parti yang dijadualkan berakhir pada Disember lalu.

"Saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden dan berundur ketika dalam tempoh pemilihan parti berlangsung antara Jun hingga Disember nanti," tambahnya.

Pada PRU-13, Ahad lalu, MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi ditandingi.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

Saham mewah hartanah, pembinaan ketuai pasaham saham pasca PRU, kata penganalsis

Posted: 10 May 2013 11:13 PM PDT

May 11, 2013

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Saham-saham mewah hartanah dan pembinaan seperti Sunway Bhd, UOA Development Bhd, Mahsing Group Bhd, Glomac Bhd, Gamuda Bhd, IJM Corp Bhd, WCT Bhd dan Kimlun Corp Bhd, dijangka mengetuai aliran harga meningkat Bursa Malaysia pasca pilihan raya umum, kata penganalisis.

Naib Presiden/Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan berkata berdasarkan sentimen positif pasca pilihan raya serta peningkatan hartanah dan pembinaan, sektor ini berada pada kedudukan yang baik bagi meneruskan dasar Program Transformasi ekonomi sebelum ini.

"Petunjuk asas tempatan, FBMKLCI, dijangka mencecah paras 1800 (diketuai sektor hartanah dan pembinaan) apabila tumpuan beralih kepada penyambungan dasar-dasar pertumbuhan proekonomi susulan kemenangan kerajaan sedia ada pada 5 Mei," katanya kepada Bernama.

Nazri berkata saham-saham sektor pembinaan dan hartanah tempatan mencatatkan prestasi pasaran paling kukuh pasca pilihan raya.

"Ini kebiasaannya merupakan petunjuk baik untuk pasaran saham. Kami yakin  saham-saham hartanah dan pembinaan sekurang-kurangnya mempunyai dua faktor positif untuk mengekalkan aliran meningkat pasaran secara menyeluruh — peningkatan carta peringkat awal dan harga asas yang rendah secara relatifnya bagi yang lain dalam pasaran," katanya.

Beliau berkata indeks pembinaan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan manakala indeks hartanah merekodkan peningkatan besar sejak 2000 (paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun).

Nazri berkata peningkatan hartanah yang sensitif kepada prestasi ekonomi selain saham-saham pembinaan merupakan elemen penting dalam pasaran saham yang sihat.

Beliau berkata selepas ketinggalan sejak tiga tahun lepas, sektor hartanah dan pembinaan meningkat dengan pesat berbanding sektor-sektor lain sejak awal 2013.

"Hakikat bahawa peningkatan besar sektor hartanah dan pembinaan secara relatifnya sejak kebelakangan ini menjadikannya pilihan penggiliran terbaik pasca pilihan raya," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved