Isnin, 13 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jabatan Perpaduan Negara gesa media, ahli politik hentikan isu perkauman

Posted: 13 May 2013 03:00 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn
May 13, 2013

KUALA LUMPUR, 13 Mei -- Putrajaya menggesa pihak media dan ahli politik hari ini berhenti daripada cuba mewujudkan ketegangan kaum selepas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin (gambar) menuduh DAP dibelakang rusuhan kaum 13 Mei semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Bin Hassan juga berkata Utusan Malaysia dan penerbitan media lain supaya

"bertanggungjawab ke atas apa yang mereka laporkan", sejurus selepas akhbar harian milik Umno tersebut mengeluarkan artikel bertajuk "Bersatulah Melayu" di hadapan muka depan mereka sempena ulang tahun ke-44 tragedi tersebut.

"Pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mewujudkan perasaan permusuhan dan kebencian," kata Azman kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Bukan sahaja Utusan, tetapi seluruh komuniti media dan ahli politik tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang menyakitkan perasaan orang lain," katanya.

Pihak polis ketika ini sedang menyiasat Utusan Malaysia kerana menghasut selepas akhbar tersebut menghasilkan artikel "Apa lagi Cina Mahu?" serta menuduh pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN.

Utusan Malaysia juga mengeluarkan beberapa artikel lain seperti "Golongan Muda Cina Monopoli Persahabatan haram" dan "DAP Terus Cetus provokasi" hari ini, serta mengeluarkan gambar pemuda Cina membantah di perhimpunan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Petaling Jaya bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) yang tewas di Shah Alam dalam Pilihan Raya 2013, membuat tuduhan Lim Kit Siang bertanggungjawab dalam insiden berdarah tersebut dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut semalam.

Lim Kit Siang seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.

Namun, bekas ahli Umno Tamrin Ghafar tampil membersihkan nama Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 baru ini dengan mendakwa Umno adalah dalang disebalik rusuhan itu.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba berkata beliau dimaklumkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Ghazali Shafie, bahawa 13 Mei adalah hasil daripada rampasan kuasa dalaman Umno terhadap pengasas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Pemimpin Umno tidak henti-henti menyalahkan prestasi buruk mereka pada pilihan raya kali ini adalah berpunca daripada "tsunami Cina", malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberikan cadangan sama.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Azman berkata hari ini "tidak adil" untuk menyalahkan masyarakat Cina dan menggesa semua pihak untuk bermain isu perkauman.

"Kita perlu hentikannya," katanya.

"Kita perlu fikirkan tentang negara kita dahulu, barulah parti dan kumpulan. Sekarang kita perlu bercakap tentang perpaduan; Kita perlu memberi tumpuan bagaimana untuk membina negara dan kemajuan," kata Azman.

Semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana "khianat" terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.

Individu bersifat perkauman seperti Mohd Noor punca BN ditolak, kata Guan Eng

Posted: 13 May 2013 01:45 AM PDT

Oleh Md Izwan
May 13, 2013

Lim Guan Eng mencabar Umno dan BN untuk mengambil tindakan ke atas Mohd Noor Abdullah kerana dikatakan mencetuskan kebencian terhadap masyarakat Cina. - Gambar failKUALA LUMPUR, 13 Mei — Lim Guan Eng mengecam keras ahli jawatankuasa rayuan disiplin Umno, Datuk Mohd Noor Abdullah kerana kenyataan berbau perkaumannya semalam, sambil menambah individu seperti ini punca Barisan Nasional (BN) ditolak oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum.

Setiausaha agung DAP itu juga mencabar Umno dan BN untuk mengambil tindakan ke atas Mohd Noor kerana mencetuskan kebencian, ketakutan dan menggugut masyarakat Cina supaya berhadapan tindak balas daripada masyarakat Melayu.

"Mampukah Umno membuktikan ciri-ciri 1Malaysia nya dengan bertindak terhadap Datuk Mohd Noor?

"Jika gagal berbuat demikian, Umno tidak patut menyalahkan MCA atau Gerakan kerana gagal mendapatkan sokongan bukan-Melayu tetapi mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim kemudiaan menyerang Mohd Noor kerana membuat tuduhan tanpa bukti disamping menyoalnya apakah tanggungjawabnya di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah.

"Apa yang telah Mohd Noor lakukan sebagai ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah, terutamanya skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, yang hilang sebelum sempat sampai kepada Melayu dan Bumiputera miskin?

"Kenapa Datuk Mohd Noor tidak terfikir pun tentang Melayu miskin yang terlepas saham RM52 bilion?" soal Lim lagi.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi, kenyataan berbentuk perkauman adalah cubaan Mohd Noor dan Umno cuba menutup masalah rasuah dan salah laku yang berlaku pada pilihan umum ke-13.

"Apabila Suruhanjaya Pilihanraya dan SPRM membenarkan siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah untuk keluar ialah dengan mengeksplotasi kebencian kaum bagi menyorokkan kegagalan mereka," katanya lagi.

Selain Lim, awal hari ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membidas Mohd Noor dengan mengatakan kenyataan tersebut menyebabkan diktator Nazi Jerman Adolf Hitler berbangga.

"Ucapan perkauman bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah memalukan Klu Klux Klan dan membuatkan Hitler berbangga," kata Anwar merujuk kepada pemimpin Perang Dunia Kedua Jerman Adolf Hitler yang mana parti Nazinya melakukan 'Holocaust', pembunuhan beramai-ramai terhadap dijangkakan enam juta Yahudi Eropah.

Bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk "merampas kuasa politik" daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari "setia kawan" Melayu.

BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, "Apa lagi Cina Mahu?".

Akhbar itu - dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain - secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved