Rabu, 15 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pelantikan semula sebagai TPM hadiah hari jadi buat Muhyiddin

Posted: 15 May 2013 03:05 AM PDT

May 15, 2013

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri buat penggal kedua merupakan hadiah paling bermakna bagi beliau yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-66 hari ini.

Pelantikan beliau diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan senarai Menteri Kabinet baharu di bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Muhyiddin juga dilantik sebagai Menteri Pelajaran I. Dilahirkan pada 15 Mei 1947, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, serta memperoleh Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya pada 1970.

Muhyiddin mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada 1972 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Beliau memulakan karier politiknya sebagai bendahari Umno Bahagian Muar-Pagoh, sebelum dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Pagoh dan Naib Ketua Umno Bahagian itu pada tahun 1975.

Beliau kemudiannya dipilih sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti pada tahun 1987. Pada 1978, Muhyiddin dinamakan calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Pagoh dan seterusnya menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal.

Bintangnya dalam arena politik semakin menyinar apabila dilantik menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun bermula 1986 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang sehingga tahun 1995.

Beliau kemudiannya kembali bertanding Parlimen Pagoh pada 1995 dan mengekalkan kerusi itu hingga sekarang.

Pada pemilihan Umno Mac 2009, Muhyiddin dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno apabila memperoleh 1,575 undi.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, Muhyiddin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh buat penggal kelima apabila menewaskan calon PAS Mohamad Rozali Jamil dengan majoriti 12,842 undi.

Dalam Kabinet, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 1995 dan empat tahun kemudian dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di mana beliau memainkan peranan penting memperkenal harga siling beberapa barangan keperluan dan membanteras CD dan VCD cetak rompak.

Rombakan Kabinet pada 2004 ekoran pelantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri menyaksikan Muhyiddin memegang portfolio Menteri Pertanian sehingga kementerian itu dijenamakan semula sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dua bulan kemudian. Selepas pilihan raya umum Mac 2008, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran pada 10 April 2009. — Bernama

BN perlu sediakan ‘garis putih’ untuk terus relevan, kata Saifuddin

Posted: 15 May 2013 03:03 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

May 15, 2013

SHAH ALAM, 15 Mei — Barisan Nasional (BN) perlu sedia meminta maaf atas kesalahan lalu, dan melangkah ke hadapan bagi terus kekal relevan dalam arena politik, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.

Menyifatkan perkara itu sebagai 'garisan putih' BN jelas bekas ahli Parlimen Temerloh itu juga seharusnya bersedia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan memulakan tadbir urus yang baru untuk terus menjadi pilihan rakyat.

"Untuk BN terus dipilih oleh rakyat, soalnya harus ada garis putih, dengan menyatakan bahawa minta maaf kesilapan masa lalu, dan berjanji tidak akan ulang kesilapan, dan mulakan kehadapan dengan cara urus tadbir baru, dan perlakuan itu harus bentuknya baru," kata Saifuddin ketika Wacana Sinar Harian Siri 20; bertajuk Pasca PRU 13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di Kompleks Auditorium Karangkraf di sini.

"Orang lama tak mengapa, asalkan dia nak ikut cara baru," tegas Saifuddin lagi ketika membicarakan perkara itu bersama dua lagi panel iaitu Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, dari DAP, Zairil Khir Johari.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved