Khamis, 16 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Malaysia sokong resolusi berhubung perkembangan di Syria

Posted: 16 May 2013 02:12 AM PDT

May 16, 2013

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Malaysia mengulangi sokongan penuhnya  resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkembangan di Syria dengan menggalakkan semua pihak supaya melibatkan diri dalam dialog mengenai kesederhanaan, bertolak ansur dan keamanan bagi menyelesaikan konflik yang sia-sia di republik itu.

Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hussein Haniff berkata Malaysia menyokong penuh keazaman wakil khas bersama PBB dan utusan Liga Negara-negara Arab bagi Syria, Lakhdar Brahimi meneruskan usaha menyelesaikan krisis melalui rundingan.

"Kita akan terus meminta semua pihak yang terlibat dalam konflik itu untuk menyokong beliau (Brahimi) bagi mencari penyelesaian politik secara baik, aman dan berkekalan kepada krisis itu.

"Malaysia menggalakkan semua pihak supaya melibatkan diri dalam dialog aman, kesederhanaan, niat yang baik, bertolak ansur, saling memahami dan menolak

ekstremisme bagi menyelesaikan konflik yang sia-sia," katanya semasa memberikan penjelasan mengenai undi berhubung resolusi itu yang diluluskan semalam (15 Mei) di New York.

Hussein menegaskan sokongan itu berdasarkan kepercayaan kukuh Malaysia dalam sistem pelbagai hala dan kemampuannya mencari penyelesaian secara baik dan aman, dan berunding dengan niat yang baik.

Malaysia mengundi memihak kepada resolusi itu yang juga ditaja bersama 60 negara termasuk kebanyakan negara-negara Liga Arab, Kesatuan Eropah (EU), negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Malaysia bukan penaja bersama resolusi itu.

Resolusi itu diterima pakai Perhimpunan Agung PBB selepas 107 negara anggota mengundi menyokong berbanding 12 menentang manakala 59 negara anggota mengundi untuk berkecuali.

Dalam penjelasannya, Hussein menegaskan semua pihak yang terlibat di dalamdan luar Syria harus mengelak daripada sebarang tindakan yang bukan sahaja menyebabkan konflik itu berlanjutan tetapi juga menyumbang kepada lebih banyak keganasan dan pembunuhan di Syria.

"Ia adalah penting bagi menyedari bahawa tidak ada penyelesaian tentera untuk konflik itu dan hanya peralihan politik diterajui Syria sahaja yang dapat menamatkan krisis ini," katanya.

Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa terutama PBB, Liga Arab, negara yang berpengaruh dan peserta serantau untuk mencari jalan menyediakan  perlindungan kepada penduduk awam Syria.

Mereka juga digesa untuk menyatakan kebimbangan yang serius dalam isu senjata kimia dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam Syria yang merupakan mangsa sebenar dalam pertumpahan darah yang amat malang ini, katanya.

Hussein berkata, walaupun Malaysia mengekalkan dasar tidak campur tangan hal ehwal dalam negeri dan menghormati kedaulatan dan integriti wilayah negara lain, tetapi negara itu memandang berat kemerosotan keadaan keselamatan di Syria yang membawa kesan buruk ke atas kestabilan dan keselamatan di rantau itu.

"Kami berpendapat penyelesaian politik yang aman masih berdaya maju dan satu-satunya pilihan bagi menyelesaikan krisis itu," katanya.

Selain itu, Malaysia juga mengalu-alukan pengumuman Rusia dan Amerika Syarikat baru-baru ini bagi mengadakan persidangan antarabangsa mengenai Syria dengan matlamat untuk mencari penyelesaian politik kepada konflik itu, katanya. — Bernama

Kit Siang kecewa Abdul Ghani tidak dilantik dalam Kabinet

Posted: 16 May 2013 01:59 AM PDT

May 16, 2013

Dalam Pilihan Raya 2013 lalu, penasihat DAP Lim Kit Siang mengalahkan Abdul Ghani di kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi. — Gambar failKUALA LUMPUR, 16 Mei — Penasihat DAP Lim Kit Siang kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak melantik bekas menteri besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman ke dalam Kabinet yang diumumkan semalam.

Dalam Pilihan Raya 2013 lalu, Lim mengalahkan Abdul Ghani di kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi.

"Saya amat kecewa dengan pengkhianatan Umno terhadap Ghani Othman yang benar-benar diabaikan dan bukannya dilantik sebagai Senator dan Menteri di dalam barisan baru Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam," tulis Lim dalam kenyataannya hari ini.

"Kempimpinan Umno telah memberikan pujian menggunung tinggi kepada Ghani ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila meletakkan beliau sebagai calon parlimen untuk Gelang Patah menentang saya, dan pemimpin Umno berlaku tidak adil dan tidak mengenang budi dengan mengetepikan Ghani selepas kegagalannya menewaskan saya di Gelang Patah dalam pilihan raya 5 Mei," tambah beliau lagi.

Menurut Lim, pilihan raya umum tidak dianggap sebagai pertandingan kalah mati, dan dalam kes Abdul Ghani beliau secara terbuka mengakui telah memberikan sumbangan tidak ternilai kepada pembangunan dan kemajuan Johor.

Ahli Parlimen Gelang Patah juga mengatakan kemampuan Abdul Ghani sepatutnya diserap oleh kerajaan Persekutuan kerana bekas menteri besar Johor itu masih boleh memberikan khidmat dan sumbangan untuk tempoh lebih panjang.

"Satu kritikan terhadap Kabinet yang diumumkan Najib semalam ialah kurangnya "bintang" atau kualiti "wow".

"Satu-satunya yang berdiri lebih tinggi dari segi kemampuan intelek berbanding yang lain di dalam barisan Kabinet ialah graduan Oxford, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, akan tetapi pernah menyakiti terlalu ramai sepanjang zaman kegemilangannya sebagai menantu kepada Tun Abdullah dalam tempoh pendek bapa mertuanya sebagai perdana menteri Malaysia," tambah Lim merujuk kepada bapa mertua Khairy, Tun Abdullah Badawi.

Selepas Pilihan Raya 2013, Lim bersungguh-sungguh berkempen untuk memastikan Najib melantik Abdul Ghani sebagai anggota Kabinet bagi membantu kerajaan di peringkat pusat.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved