Khamis, 2 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Penulis blog Milosuam ditahan polis malam tadi

Posted: 02 May 2013 02:40 AM PDT

May 02, 2013

KUALA LUMPUR, 2 Mei — Penulis blog pro-PKR Milosuam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman malam tadi, kata R Sivarasa.

PKR dalam satu kenyataan ringkas lewat malam tadi, memaklumkan mengenai penahanan tersebut dan menyatakan pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya.

"Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil," kata Sivarasa yang bertindak sebagai salah seorang peguam dalam kepada penggendali blog milosuam.blogspot.com itu.

"Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi," tambah beliau yang juga merupakan calon PKR bagi kerusi Parlimen Subang dipetik dari portal berita Sinar Harian Online.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam kerana menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

MCA menentang Perkasa, tapi terima ‘taubat’ Zul Noordin, kata Soi Lek

Posted: 02 May 2013 02:39 AM PDT

Oleh Zurairi AR

May 02, 2013

KUALA LUMPUR, May 2 — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata MCA menerima naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon Barisan Nasional (BN), walaupun sekeras-kerasnya menolak kumpulan berhaluan kanan Melayu tersebut.

Maklum balas oleh presiden MCA tersebut susulan iklan hitam putih yang diletak oleh DAP dalam akhbar harian Cina, Sin Chew Daily dan China Press yang mengatakan undi kepada MCA adalah undi untuk Umno dan Perkasa.

"MCA menentang Perkasa ... Dalam kes Shah Alam dia mengamalkan politk pelampau semasa dia dalam PAS. Lepas dia masuk BN dia sudah insaf dan bertaubat," kata Dr Chua (gambar) kepada wartawan merujuk kepada Zulkifli yang bertanding di kerusi majoriti Melayu, Shah Alam sebagai calon dipilih secara terus oleh BN.

"Orang yang minta maaf secara terbuka kita terima dengan ikhlas, semua ugama buat demikian."

Dr Chua juga menghentam DAP kerana mengelirukan pengundi dengan mengatakan satu undi kepada MCA sama dengan satu undi kepada Perkasa, memandangkan kedua-dua organisasi tidak mempunyai kaitan.

Dalam pada itu, Dr Chua berkata ia berbeza dengan mengatakan satu undi kepada DAP adalah satu undi untuk PAS kerana kedua-dua mereka adalah rakan dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved