Khamis, 23 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rakyat asing dakwa perolehi kad pengenalan melalui Projek IC

Posted: 23 May 2013 02:59 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn
May 23, 2013

KOTA KINABALU, 23 Mei — Keluarga rakyat asing mengatakan mereka menerima kad pengenalan biru di Sabah melalui "Projek IC" sebelum memohon untuk pendaftaran lewat bagi anak-anak mereka," kata seorang pegawai mahkamah kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang tanpa izin di sini hari ini.

Melissa Chia, pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberi keterangan hari ini bahawa rakyat asing, kebanyakkannya warga Filipina dan Indonesia tanpa surat beranak Malaysia, membuat permohonan seperti itu untuk anak-anak mereka apabila beliau bekerja sebagai magistret di Tawau dan Semporna semenjak 2008.

"Mereka kata, 'Saya tidak mempunyai surat beranak kerana dapat IC melalui Projek IC,'" kata Chia semasa RCI hari ini.

"Mereka kata, 'Jadi semasa saya bekerja di kem atau industri kayu, terdapat kumpulan yang memberi saya borang untuk memohon. Jadi saya ikut dan pohon. Saya dapat IC biru," tambahnya apabila ditanya apa maksud keluarga rakyat asing dengan "Projek IC."

MENYUSUL LAGI

Kegemilangan sebuah negara boleh berakhir jika pemerintah lupa dan alpa, kata Raja Nazrin

Posted: 23 May 2013 01:25 AM PDT

May 23, 2013

IPOH, 23 Mei — Kegemilangan sesebuah negara Islam boleh berakhir jika pemerintahnya terlupa dan alpa terhadap nilai-nilai asas yang menjadi instrumen penting kepada kegemilangan negara itu, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda bertitah pemerhatian terhadap dua lokasi yang pernah mencipta sejarah kegemilangan Islam iaitu Kota Samarkand, Uzbekistan dan Empayar Ottoman, Istanbul memberi peringatan bahawa kealpaan pemimpin membawa kepada berakhirnya kegemilangan negara berkenaan.

"Kegemilangan kota sejarah yang terkenal sebagai pusat dan laluan perdagangan utama, pusat perkembangan pelbagai ilmu dan amalan pelbagai agama itu berakhir apabila berlakunya konflik dalaman pimpinan negara itu yang mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan politik.

"Ia (termasuk) kegagalan melakukan pengubahsuaian selaras dengan perkembangan teknologi pengangkutan laut yang jauh mengatasi tahap efisien laluan darat, lalu menjejaskan kemakmuran ekonomi yang mereka pernah nikmati untuk sekian lamanya," titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-183 di sini, hari ini.

Raja Nazrin (gambar) bertitah era keagungan Empayar Ottoman mula berhadapan pelbagai cabaran dan membawanya ke ambang kejatuhan apabila berlakunya stagnasi ekonomi dan politik berpunca daripada kualiti pimpinan yang lemah kerana terlalu selesa dengan kejayaan yang dicapai.

"Pimpinan empayar itu secara berterusan gagal melakukan pengubahsuaian, selaras dengan tuntutan realiti pemodenan, khususnya yang sedang berkembang di Benua Eropah dari segi inovasi teknologi baharu, reformasi politik dan kebangkitan intelek.

"Sebarang usaha untuk melakukan pemodenan dalam Empayar Ottoman, berhadapan dengan tentangan hebat dari para pemimpin, angkatan tentera dan rakyat yang berfikiran konservatif," titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah senario sebegini adalah antara pemerhatian yang pernah dicatatkan oleh cendekiawan dan sosiologis kurun ke-14 iaitu Abdul Rahman Ibn Khaldun bahawa apabila masyarakat mendapat kemewahan, perwatakan mereka sering menjadi lemah.

Baginda bertitah bagi membina benteng daripada ditembusi oleh budaya yang boleh memusnahkan, rakyat perlu kembali kepada peringatan Ilahi melalui wahyu yang terkandung dalam Al-Quran serta mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

"Orang-orang tua dahulu sentiasa mengingatkan agar yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, bila sesat di hujung jalan cepat kembali ke pangkal jalan dan ketika melihat awan di langit jangan lupakan rumput di bumi," titah baginda.

Terdahulu, baginda menyempurnakan majlis penyerahan zakat tanaman dan perniagaan daripada lima agensi iaitu Lembaga Tabung Haji sebanyak RM2,923,240 Bank Kerjasama Rakyat negeri Perak (RM2,068,225), Felcra Berhad Wilayah Perak (RM1,604,012), Pertubuhan Peladang negeri Perak (RM623,776) dan Bank Islam Malaysia Berhad (RM270,000). — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved