Jumaat, 24 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13

Posted: 24 May 2013 02:29 AM PDT

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita
May 24, 2013

PETALING JAYA, 24 Mei — Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

"Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti," kata Shamsul dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9 di sini hari ini.

"Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia," tambah ahli Parlimen Bukit Katil itu.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.

Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah "pil kuda" dan berideologi komunis.

"Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

"Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin," kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.

Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

"Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus "Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto," kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh "AMK turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik KEADILAN, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat," katanya lagi.

Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

Di dalam dewan tempat dimana kongres AMK berlangsung, kelihatan sepanduk digantung berbunyi," Tahniah bro Sam! From a humble leader to a giant killer!".

Idris akan saman PKR berhubung dakwaan kurung 24 petugas SPR pada hari mengundi

Posted: 24 May 2013 01:31 AM PDT

May 24, 2013

BESUT, 24 Mei — Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh akan menyaman PKR termasuk pengarah strategi parti itu Mohd Rafizi Ramli yang menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saya sedang meneliti tuduhan mereka bersama peguam bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej saya selaku Anggota Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati.

"Bila dibuat satu kenyataan awam tanpa bukti yang boleh mencemarkan nama baik saya dan parti, sudah pasti saya akan bertindak untuk menyaman mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gong Nering, yang diadakan di Kampung Gong Guchil, Jerteh di sini hari ini.

Idris berkata, beliau tidak mengetahui dari sumber mana mereka memperoleh berita tersebut yang disebarkan di laman sosial Facebook dan Blog Keadilan dan didedahkan setiausaha agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail yang dipetik dari Keadilan Daily.

"Dakwaan itu tidak berasas kerana mana boleh petugas SPR dikurung ... Mereka perlu bertanggungjawab atas setiap tuduhan yang dibuat," katanya.

Sementara itu ketika berucap di majlis berkenaan, Idris berkata Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang untuk melaksanakan janji-janjinya yang dibuat melalui manifesto Pilihan Raya baru-baru ini dan berharap Pakatan Rakyat tidak terus merosakkan keamanan di negara ini hanya semata-mata untuk memenuhi cita-cita Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

"Mungkin pada PRU13 baru-baru ini BN kalah dari segi perang siber tetapi dalam menentukan pemerintah negara BN telah berjaya. Oleh itu sebarang keputusan patut dihormati semua pihak," katanya.

Pada PRU13 lalu, Idris menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi. — Bernama 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved