Sabtu, 25 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MB Selangor akui kelemahan dalam politik, tubuh ‘political liaison’

Posted: 25 May 2013 02:12 AM PDT

Oleh Md Izwan dan Ida Lim
May 25, 2013

PETALING JAYA, 25 Mei — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini mengakui kelemahan tidak bijak dalam berpolitik, justeru  mengumumkan akan menubuhkan satu "political liaison" di dalam pejabat menteri besar.

Walaupun Abdul Khalid dilantik sebagai menteri besar untuk penggal kedua, kontroversi tercetus apabila Timbalan Presiden PKR Azmin Ali difahamkan juga mengintai jawatan penting di negeri terkaya tersebut serta mengkritik secara terbuka Abdul Khalid sebagai seorang kedekut dan tidak pandai berpolitik.

"Rakan-rakan memberitahu saya, salah satu kelemahan Tan Sri adalah kerana tidak pandai dalam permainan politik.

"Untuk itu, saya terima ... saya terima," kata Abdul Khalid.

Menteri besar negeri Selangor tersebut berkata penubuhan "political liaison" tersebut akan mengendalikan hal ehwal politik dalam negeri dan mereka yang dilantik akan terdiri daripada individu yang pakar dalam lapangan tersebut.

"Saya terima masalah itu dan saya bersetuju untuk mengumumkan pejabat menteri besar akan ada 'political liaison'

selepas ini.

"Ia adalah sebuah pejabat yang akan menempatkan mereka yang benar-benar tahu tentang usaha-usaha perkembangan politik dalam negeri," katanya lagi.

MENYUSUL LAGI

Malaysia seru pihak berkonflik buang sifat ekstrem

Posted: 24 May 2013 11:16 PM PDT

May 25, 2013

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Malaysia menyeru semua pihak yang berkonflik agar membuang sifat ekstrem dan bergerak ke arah mempromosi budaya aman bagi menyelesai perbezaan antara mereka. 

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata budaya seumpama itu boleh menyatupadukan semua pihak yang boleh dilakukan pemimpin agama, ibu bapa, keluarga, guru, artis, ahli akademik, masyarakat madani, wartawan, pelajar dan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat. 

"Malaysia menganjurkan pergerakan kesederhanaan global yang bertujuan mempromosi keamanan dan keharmonian global yang berkekalan. 

"Kami menjemput semua yang hadir di sini hari ini untuk menyertai pergerakan ini dengan cara mereka sendiri untuk mempromosi kesederhanaan di peringkat antarabangsa, serantau, nasional dan tempatan," katanya pada sambutan Hari Wesak di Ibu Pejabat PBB di New York semalam. Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama hari ini. 

Mengenai sambutan Wesak di Malaysia, Hussein berkata Malaysia serta rakyatnya yang kira-kira 19.2 peratus beragama Buddha menyambutnya setiap tahun. 

"Hari Wesak di Malaysia diisytihar cuti umum sejak 1962," katanya. Beliau berkata ini merupakan manifestasi sejarah panjang Malaysia mengenai hubungan erat antara rakyat berlainan kepercayaan dan budaya yang Malaysia turut berbangga dengan kepelbagaiannya kerana ia memberi kekuatan kepada negara secara keseluruhan menerusi semangat 1 Malaysia. 

"Salah satu elemen utama dalam menyemai perpaduan nasional ialah pendekatan kesederhanaan yang diamalkan kerajaan Malaysia serta rakyat dalam menangani pelbagai isu termasuk meningkat hubungan antara kepercayaan dan budaya. 

"Kejayaan kami sebagai sebuah negara hingga hari ini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kesederhanaan dari semua agama dan budaya untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dalam mengekal keamanan, keharmonian dan kemakmuran," kata beliau. 

Hussein berkata Malaysia mahu mengambil peluang untuk menyeru kepada kesederhanaan di kalangan masyarakat antarabangsa dalam mencapai keamanan dan keharmonian global. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved