Ahad, 26 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MIC bincang cadagan bergabung dengan PPP, IPF, Makkal Sakhti

Posted: 26 May 2013 01:00 AM PDT

May 26, 2013

KUALA LUMPUR, 26 Mei — MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India atau mempunyai ramai anggota dari kaum itu seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi dalam waktu terdekat untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.

Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi  pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Cadangan untuk menggabungkan kesemua parti ini dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Jumaat lalu.

"Cadangan berkenaan akan saya kongsi bersama parti politik mewakili kaum India yang lain dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tamil Malaysia Ke-51 di sini, hari ini.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan cadangan tersebut perlu dibincangkan dulu bersama parti-parti politik terlibat sebelum sebarang keputusan diambil.

Mengenai Persatuan Penulis Tamil Malaysia, Palanivel berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju memberikan peruntukan berjumlah RM100,000 kepada persatuan berkenaan.

"Buat masa ini persatuan ini hanya menunggu peruntukan tersebut mendapat kelulusan," katanya.

Setiausaha persatuan tersebut A.Gunanathan berkata persatuan akan mengadakan sambutan jubli emas pada tahun ini.

Persatuan Penulis Tamil Malaysia mempunyai 1,500 anggota di seluruh negara.  – Bernama 

Warga emas maut jatuh dari jejambat

Posted: 26 May 2013 12:58 AM PDT

May 26, 2013

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Seorang warga emas maut selepas terhumban jatuh dari jejambat Lebuhraya Baru Pantai (NPE) ke atas Jalan Klang Lama di sini pagi ini setelah motosikalnya dirempuh sebuah kereta.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Kontinjen Selangor Supt Zulkifli Joned berkata dalam kejadian kira-kira 7.40 pagi itu, Hassan Mohd Jani, 66, yang bersendirian menunggang motosikal jenis vespa, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

"Hassan dipercayai baru pulang dari Pasar Pudu menuju ke rumahnya di Kampung Medan dilanggar sebuah kereta Nissan Sentra, mengakibatkan mangsa jatuh dari jejambat NPE, dengan ketinggian kira-kira 20 meter ke Jalan Klang Lama," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000. – Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved