Isnin, 27 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib jamin kerajaan boleh lakukan perubahan

Posted: 27 May 2013 02:55 AM PDT

May 27, 2013

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan oleh melakukan perubahan dalam negara dengan memahami keperluan belia. 

Sambil menegaskan bahawa tidak ada yang bersifat tetap, perdana menteri berkata kerajaan mesti berani dan sedia melakukan perubahan yang dapat memenuhi ekpektasi rakyat.  

"Sama ada cepat atau tidak, perubahan akan berlaku. Saya jamin bahawa kerajaan akan lakukan perubahan dalam negara, dan ini bererti memahami keperluan belia.

"Kita perlu mengubah sikap, strategi, program dan pendekatan kita kerana kita tidak lagi boleh menganggap apa yang kita amalkan sekarang sebagai penyelesaian terbaik untuk masa depan.  

"Kita perlu punya minda terbuka dan bersikap pragmatik, bukan dogmatik," kata beliau dalam kiriman Facebooknya. — Bernama

Anwar: Ribuan laporan setakat ini terhadap pertikaian dakwat kekal

Posted: 27 May 2013 12:28 AM PDT

TERKINI @ 04:58:33 PM 27-05-2013

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
May 27, 2013

PETALING JAYA, 27 Mei — Ribuan orang ramai membanjiri balai polis seluruh negara untuk membuat laporan terhadap kegagalan dakwat kekal, ia bukti orang ramai menyahut gesaan Pakatan Rakyat (PR) bagi membuktikan penipuan pada Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, .

Ketua Umum PKR tersebut bersama isteri  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) yang juga membuat laporan sama di balai polis Tropicana berkata laporan tersebut adalah bukti wujudnya manipulasi oleh pihak berkuasa ke atas keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

"Kami mempunyai ribuan laporan setakat ini... Saya tidak mempunyai angka rasmi, tapi hari ini saya dimaklumkan seluruh negara telah membuat laporan rasmi," kata Anwar dalam sidang media disini.

Dalam perhimpunan besar-besaran Sabtu lalu yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Anwar telah telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.

Beliau berkata orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR.

"Ini bagi menunjukkan kuasa dan tekad orang ramai. Kami cabar kamu menerusi proses yang ditetapkan. Kami juga menghormati undang-undang negara," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau berkata PR mahu membentangkan sejumlah besar laporan polis oleh orang ramai ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menipu di dalam kamar mahkamah.

PR akan melakukan petisyen untuk mencabar pelaksanaan pilihan raya dan keputusan di lebih daripada 25 kerusi Parlimen, langkah yang perlu dilakukan dalam 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan pada 22 Mei.

Anwar juga menggesa rakyat menyokong langkah Bersih untuk mengadakan "Tribunal Rakyat", inisiatif yang akan digunakan bagi menyiasat dakwaan orang ramai terdapat penipuan pilihan raya.

Walaupun SPR mengatakan Tribunal Rakyat tidak sah disisi undang-undang, Anwar mengatakan ianya mempunyai legitimasi.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat  112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.

Walaubagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.

Pembangkang PR enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.

PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan  majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.

Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil  dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap  sistem pilihan raya di Malaysia.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved