Jumaat, 3 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pertikaian kalimah ‘Allah’kerana undang-undang tak munasabah, kata gereja Malaysia timur

Posted: 03 May 2013 02:40 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn
May 03, 2013

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Kontroversi isu kalimah "Allah" bukan tentang agama, tetapi kerana "polisi dan undang-undang kerajaan", kata wakil gereja Sabah dan Sarawak hari ini menjelang pilihan raya pada Ahad ini.

Gereja bumiputera di Sabah dan Sarawak mengeluarkan kenyataan pastoral semalam menggesa penganut Kristian untuk bersuara terhadap ancaman membakar kitab suci mereka dan polisi kerajaan yang menghalang kumpulan minoriti itu daripada menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk tuhan mereka.

"Dalam menghadapi perkara tidak munasabah, kita tidak boleh dan kekal berdiam diri," kata Rev Datuk Bolly Lapok, Uskup Gereja Anglikan untuk Kuching dan Uskup Agung Gereja Anglikan bagi rantau Asia Tenggara, dalam kenyataan pastoral.

"Masa untuk kita bersuara sudah tiba... Kita perlukan komitmen yang teguh daripada pihak berkuasa supaya menghormati dan mengekalkan kebebasan bersuara yang dijanjikan dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang ulung negara. Kami percaya bukan Kristian, termasuk Muslim berkongsi kebimbangan ini," tambah beliau.

Kenyataan keras daripada ACS itu hadir ketika negara akan menghadapi pilihan raya paling sengit dalam sejarah dua hari lagi, dimana sejumlah besar pengundi Sabah dan Sarawaka adalah bumiputera yang membaca Alkitab, atau kitab Injil berbahasa Melayu.

Komuniti Kristian yang membentuk suku daripada populasi Sabah dan hampir separuh daripada populasi Sarawak beribadat di gereja menggunakan Bahasa Melayu dan membaca kitab Injil berbahasa Melayu.

Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mempertahankan tindakan kerajaan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada 2009 ke atas keputusan membenarkan masyarakat Kristian untuk menggunakan perkataan kalimah "Allah".

Malah, Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dimana partinya sebahagian daripada gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) juga menegaskan penganut Kristian tidak akan berhenti memanggil tuhan mereka "Allah" walaupun mahkamah menghalang mereka melakukannya di negara majoriti Islam Malaysia.

Mahkamah Rayuan Malaysia telah menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk satu lagi kes pengurusan terhadap kerajaan dan rayuan Kementerian Dalam Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009, perkataan "Allah" boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.

Lapok hari ini berkata penganut Kristian hanya menuntut hak mereka dalam perlembagaan ditegakkan.

"Sesungguhnya jalan ke hadapan tidak lagi berada dalam status quo yang menjangkakan gereja bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk berdiam diri," kata beliau.

Kumpulan pendesak Melayu Perkasa pada Januari lalu mengancam untuk membakar Injil berbahasa Melayu.

Kempen Pilihan Raya 2013 sejak dua minggu lalu juga dipenuhi dengan papan tandan yang menggambarkan gereja sebagai merampas kalimah "Allah", dan juga risalah-risalah yang memberi amaran kepada orang Melayu tentang penganut agama lain yang menggunakan kalimah "Allah".

Lapok menegaskan orang asli di Sabah dan Sarawak telah menggunakan perkataan "Allah" sejak generasi lamanya sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

"Orang asli menggunakan kalimah  "Allah" dalam semua aspek kehidupan dan amalan didalam agama Kristian daripada pembaptisan kepada upacara akhir dan ini termasuk dalam perkhidmatan, doa, pujian, ibadat dan pendidikan agama," katanya.

Pentadbiran Najib walau bagaimanapun mengemukakan formula 10 perkara bagi Malaysia Timur sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 2011 untuk menyelesaikan sekatan penghantaran kitab Injil berbahasa Melayu yang digunakan terutamanya oleh orang Kristian Bumiputera.

Dalam resolusi 10 perkara berkenaan, Kabinet melalui menterinya, Datuk Seri Idris Jala menjamin populasi kristian yang besar di Sabah dan Sarawak mereka bebas menggunakan dan memiliki kitab Injil dalam bahasa Melayu mahupun bahasa ibunda mereka.

Pakatan gesa pekerja syarikat penerbangan, pengundi untuk halang penipuan

Posted: 03 May 2013 12:57 AM PDT

Oleh Syed Jaymal Zahiid
May 03, 2013

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Pakatan Rakyat (PR) gesa pekerja syarikat penerbangan dan pengundi rakyat Malaysia untuk melawan penipuan pada pilihan raya umum 5 Mei ini, ketika dakwaan 40, 000 pengundi diragui termasuk warga asing dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan sejak minggu lepas ke negeri-negeri utama di semenanjung seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua PR di Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini berkata akuan pengundi yang diterbangkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysian mengukuhkan lagi dakwaan cubaan untuk menipu undi.

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam berkata "rakan" BN sedang membantu mereka menerbangkan pengundi pulang ke semenanjung tetapi menegaskan ianya sebahagian daripada kempen parti "keluar mencari undi" untuk Pilihan Raya 2013.

"Kenyataan oleh Tengku Adnan menimbulkan kebimbangan terdapat usaha terancang untuk mengganggu pilihan raya di Selangor," kata Abdul Khalid, yang juga negeri Menteri Besar sementara pada sidang media di ibu pejabat PKR, Tropicana disini.

"Oleh itu, kami merayu kepada kakitangan yang terlibat seperti juruterbang, anak-anak kapal dan kakitangan teknikal supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

Namun, pagi ini pengerusi kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan tindakan menerbangkan pengundi dari Malaysia timur ke negeri-negeri utama di semenanjung adalah satu kesalahan.

Ambiga berkata tindakan tersebut adalah mencurigakan dan membangkitkan kebiasaannya penduduk Sabah dan Sarawak bekerja di semenanjung yang terbang pulang ke negeri Borneo itu dan bukan sebaliknya.

"Ia merupakan kesalahan dibawah 20 (6)(b)," kata Ambiga ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Abdul Khalid walau bagaimanapun mengakui sukar untuk PR mengumpul bukti kukuh bagi membuktikan dakwaannya itu tetapi dia turut bersetuju dengan pandangan pemimpin Bersih yang penjelasan Tengku Adnan tidak mencukupi untuk menjawab penjelasan daripada mereka.

"Dakwaannya ialah pengundi berdaftar ini sangat mencurigakan kerana tiada adalasan untuk pengundi dari Sabah mengundi Selangor, apatah lagi dalam kumpulan yang besar," katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan semalam terdapat 40,000 pengundi diragui, termasuk rakyat asing dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan masuk dari Sabah dan Sarawak semenjak minggu lepas ke negeri-negeri utama di semenanjung seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan Pakatan Rakyat (PR) rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Syarikat penerbangan nasional MAS juga telah menafikan dakwaan ia akan menggerakkan penerbangan sewa khas untuk mengangkut pengundi hantu.

Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, berjumlah kira-kira 889,000 orang, rakyat asing yang kebanyakkannya datang dari Filipina dan Indonesia.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah, yang bermula Januari lalu mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved