Jumaat, 31 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah

Posted: 30 May 2013 05:12 AM PDT

TERKINI @ 10:37:41 PM 30-05-2013

May 30, 2013

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan oleh pihak imigresen petang Khamis ketika cuba untuk masuk ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

"Mereka akan hantar saya pulang. Saya sedang berurusan dengan jabatan Ketua Menteri Sabah," kata beliau dipetik dari laporan The Star Online.

Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking yang sedang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di KKIA menulis di akaun Twitternya mengatakan dia sedang menunggu semakan sama ada Nurul Izzah disenarai hitamkan.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul melalui akaun twitter @n_izzah pada kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa Darell yang juga anggota Parlimen Penampang dan bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dihalang masuk oleh imigresen Sabah tidak lama selepas insiden Lahad Datu pada bulan Februari.

"Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," tambah beliau lagi.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved