The Malaysian Insider :: Bahasa |
Ibu kepada calon PAS Putrajaya Husam Musa meninggal dunia Posted: 04 May 2013 02:36 AM PDT Salma Idris meninggal dunia sehari sebelum rakyat Malaysia mengundi untuk Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei esok. Solat jenazah untuk Allahyarham akan disempurnakan selepas solat Asar petang ini di Masjid Kota, Salor di Kelantan. "Sama-sama kita doakan Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para anbiya dan orang-orang yang beriman," kata pembantu Husam dalam dipetik dari portal berita Harakahdaily. "Dan semoga Datuk Husam sekeluarga terus tabah mengharungi perjuangan membela rakyat dan negara. Al-Fatihah," katanya. Husam akan berhadapan dengan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya. |
18 pemerhati antarabangsa, 1,200 pemerhati tempatan pantau proses PRU13, kata SPR Posted: 04 May 2013 02:32 AM PDT Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 18 pemerhati itu terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Kemboja serta dua wakil Sekretariat Asean yang juga merupakan petugas SPR di negara mereka. "Pemerhati asing ini juga akan memantau proses pengundian beberapa kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti Gombak, Titiwangsa dan Setiawangsa, termasuk proses pengiraan undi, di Putrajaya esok," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat SPR mengenai PRU13 kepada pemerhati antarabangsa di sini hari ini. Selain memantau proses pengundian, SPR juga berharap agar peluang ini digunakan pemerhati asing dan petugas tempatan untuk bertukar pandangan demi menambah baik perjalanan PRU akan datang, katanya. Menurut Wan Ahmad, sebelum ini, negara terbabit pernah menjemput pegawai SPR Malaysia sebagai pemerhati pada pilihan raya umum di negara masing-masing. "Daripada maklum balas, pemerhati asing ini begitu kagum bagaimana PRU di negara ini mampu dilaksana dalam masa sehari dan keputusan boleh diketahui seawal 7.30 malam," katanya. Mengulas mengenai pemerhati asing tidak dibawa ke kawasan kerusi panas semasa proses PRU berlangsung, beliau berkata ia tidak dilakukan atas faktor keselamatan. Pada PRU kali ini, SPR turut melantik seramai 1,200 pemerhati tempatan terdiri daripada 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk memastikan proses perjalanan pilihan raya di negara ini, berintegriti. â Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan