Rabu, 8 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Soi Lek letak jawatan pengerusi pelabuhan P. Pinang

Posted: 08 May 2013 02:27 AM PDT

TERKINI @ 05:52:13 PM 08-05-2013

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
May 08, 2013

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang, ekoran resolusi parti untuk meletak semua jawatan kerajaan selepas menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya 2008.

Dr Chua (gambar) bagaimanapun berkata, beliau perlu berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum meletak jawatan secara rasmi.

"Saya dilantik oleh PM, jadi saya akan berjumpa beliau sebelum mengumumkan perletakan jawatan sebagai tanda penghargaan," katanya di dalam laman Facebook petang ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat terhadap saya."

Dr Chua turut mengesahkan dalam kenyataan awalnya bahawa beliau menolak jawatan sebagai anggota Majlis Ekonomi Negara ketika pembubaran Parlimen bulan lalu.

"Anggota baru akan dilantik oleh Perdana Menteri selepas pembentukan Kabinet baru," katanya.

Dr Chua telah digesa melepaskan jawatan sebagai anggota MCA, termasuk disebabkan keputusan pilihan raya Ahad lalu.

MCA hanya beroleh kemenangan tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri, daripada 37 Parlimen dan 90 kerusi negeri.

Kekalahan memalukan itu menyaksikan kekalahan kedua terbesar parti komponen Barisan Nasional (BN) apabila tewas lebih 50 peratus daripada 15 kerusi Parlimen dimenangi ketika Pilihan Raya 2008, dan didesak melaksanakan keputusan pada 2010 untuk menolak semua jawatan kerajaan jika tewas lebih teruk.

Dalam kenyataan ringkasnya selepas keputusan pilihan raya, Dr Chua mengumumkan beliau tidak akan pencalonan semula dalam partinya yang akan dilaksanakan pada November.

"Sebagai presiden MCA, saya perlu menstabilkan parti dalam keadanaan yang sukat. Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Presiden dan Jawatankuasa Tertinggi untuk menyatakan hala tuju parti ekoran keputusan sedemikian.

"Pada masa sama, saya memutuskan saya tidak akan dicalonkan semula dalam pemilihan parti," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengakui keputusan lemah MCA itu namun mengesahkan tiada pimpinan partinya akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sama ada negeri atau persekutuan.

"MCA menghormati dan menerima kehendak pengundi. Inilah demokrasi," kata Dr Chua.

RHB Investment isytihar dividen 6.50 sen bagi dana pendapatan RHB

Posted: 08 May 2013 02:06 AM PDT

May 08, 2013

KUALA LUMPUR, 8 Mei — RHB Investment Management Sdn Bhd (RHBIM) mengisytiharkan dividen sebanyak 6.50 sen seunit bagi Dana Pendapatan RHB dengan pulangan pengagihan kasar 7.2 peratus berdasarkan purata nilai aset bersih (NAV) seunit dana itu dari 1 Mei, 2012 hingga 28 Feb, 2013.

Dana Modal RHB juga mengisytiharkan dividen sebanyak lapan peratus seunit dengan pulangan pengagihan kasar 6.3 peratus berdasarkan purata NAV seunit dana itu dari 1 Mei, 2012 hingga 31 Mac, 2013, katanya dalam satu kenyataan.

Dana Pendapatan RHB adalah sebuah dana konservatif yang melabur dalam portfolio pelbagai terdiri daripada ekuiti/saham berkualiti tinggi dan sekuriti pendapatan tetap dengan penekanan kepada bon untuk mengurangkan keadaan turun naik, manakala Dana Modal RHB adalah sebuah dana agresif yang melabur terutamanya dalam syarikat-syarikat senaraian awam Malaysia yang mempunyai potensi pertumbuhan yang kukuh.

RHBIM adalah sebuah anak syarikat milik penuh RHB Investment Bank, di bawah cabang perbankan korporat dan pelaburan Kumpulan Perbankan RHB, dan pada masa ini mempunyai 23 dana runcit. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved