Sabtu, 1 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib diberitahu SPR perlu diterajui muka baru, bukan sekadar letak bawah PSC

Posted: 01 Jun 2013 02:40 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

June 01, 2013

Datuk Ambiga berkata bahawa SPR perlu diterajui muka baru untuk meningkatkan kredibiliti badan [engawas pilihanraya tersebut. - Gambar failKUALA LUMPUR, 1 Jun — Usaha meningkatkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan meletakkan badan pengendali pilihan raya negara ini di bawah Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) tidak bermakna tanpa menggantikan teraju utama badan berkenaan, kata pemimpin pembangkang dan aktivis pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu diganti dengan individu lain supaya pembaharuan meningkatkan kredibiliti badan berkenaan.

"Tidak bermakna letakkan SPR di bawah PSC sekalipun, anggota mereka perlu letak jawatan," kata Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Mereka perlu letak jawatan, itu lebih mustahak supaya mereka mempunyai lebih kredibiliti," katanya lagi, dan menambah SPR adalah badan bebas yang dilantik di bawah Perlembagaan dan tidak boleh ditolak ke sana-sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal hari ini berkata bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Kit Siang pula dalam respon mengenai perkara itu berkata SPR seharusnya bermula dengan muka baru bagi jawatan pengerusi dan timbalannya bagi meningkatkan keyakinan rakyat.

"Pengerusi dan timbalan sekarang beroperasi seolah-olah mereka menjadi protagonis kepada ahli politik dan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Lebih elok sekiranya Najib mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen PR berhubung cadangan berkenaan sebelum pengumuman dibuat," kata Kit Siang, yang merupakan ahli Parlimen Gelang Patah.

"Jadi ia akan dilihat sebagai inovasi bipartisan," tambahnya.

SPR menjadi sasaran dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum 2013 apabila didakwa bersekongkol dengan BN bagi membolehkan parti kerajaan itu memenangi pilihan raya walaupun tewas undi majoriti kepada PR sebanyak 49 peratus.

BN memperolehi 133 kerusi, manakala PR memperolehi 89 kerusi Parlimen dengan 51 peratus undi popular.

Pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengadakan Himpunan Black 505 di seluruh negara bagi menolak keputusan PRU13. 

Himpunan ‘Black 505’ akan diteruskan walaupun Agong arah terima keputusan PRU

Posted: 01 Jun 2013 02:31 AM PDT

Oleh Zurairi AR
June 01, 2013

Datuk Johari berkata himpunan 505 adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan SPR, dan bukan untuk mempertikaikan pandangan Agong. - Gambar failKUALA LUMPUR, 1 Jun — Protes terhadap keputusan Pilihan Raya 2013 akan diteruskan demi menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan bukan bertujuan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong, kata PKR.

Datuk Johari Abdul menjelaskan Himpunan 505 akan terus dilaksanakan bagi menolak keputusan Pilihan Raya 2013, walaupun Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menitahkan rakyat di negara ini supaya menerima keputusan PRU13.

"Jadi tujuan kita berkumpul ialah untuk menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap tindakan SPR, tidak ada niat untuk mempertikaikan pandangan Tuanku.

"Sebab itu setiap kali tamat himpunan 505 kita nyanyikan lagu Negaraku bagi menunjukkan taat setia kepada Tuanku," kata Johari kepada The Malaysian Insider merujuk kepada lagu Kebangsaan.

Beliau menjelaskan himpunan berkenaan juga akan terus dilaksanakan sehingga pengerusi dan timbalan SPR yang dilantik Agong meletak jawatan.

"Sebagai pemimpin saya menjunjung kasih nasihat Tuanku. Namun begitu rakyat di bawah memohon agar memaklumkan kepada Tuanku ada penipuan yang jelas yang dilakukan oleh SPR," katanya.

"Jadi sebagai pemimpin, patik-patik semua nak maklumkan kepada rakyat, rakyat harus bangun dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindak-tanduk SPR yang ahli-ahlinya dilantik oleh Tuanku sendiri," jelas Johari.

Tuanku Abdul Halim yang melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis bagaimanapun turut mengulangi gesaannya agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.

"Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.

"Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan," titah Seri Paduka.

Awal minggu ini, Johari berkata himpunan membantah keputusan PRU13 akan diteruskan bulan ini dan diadakan setiap minggu sehingga tuntutan PKR dipenuhi.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved