Isnin, 10 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


KKLW tubuh jawatankuasa khas pembangunan luar bandar, Shafie sokong Akta Derhaka

Posted: 10 Jun 2013 02:19 AM PDT

June 10, 2013

PUTRAJAYA, 10 Jun — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas baru-baru ini khusus untuk menyelaras program pembangunan luar bandar.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata selain pembangunan fizikal, jawatankuasa yang ditubuh dengan kerjasama beberapa kementerian lain itu juga bertanggungjawab menyelaras program yang berkaitan dengan penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan.

"Sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan boleh membantu KKLW dengan memberi maklumat lengkap mengenai jumlah belia di kawasan luar bandar tertentu dan kami boleh menyediakan peruntukan serta prasarana untuk golongan itu," katanya.

Beliau berkata kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula akan dapat memperkasa usaha membangunkan modal insan di kalangan golongan lepasan sekolah dan belia di luar bandar, menerusi penyediaan pelbagai peluang perniagaan buat mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Desa Kepada Penghulu-Penghulu Semenanjung Malaysia di Institut Kemajuan Desa (Infra), Bangi dekat sini hari ini. 

Seramai 500 penghulu dari seluruh negara menyertai seminar itu yang dijalankan dalam bentuk perbincangan panel, perbincangan kumpulan dan pembentangan kertas kerja mengenai cadangan pemerkasaan institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Sementara itu Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata beliau menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan undang-undang khas bagi kesalahan menderhaka kepada raja, dan berpendapat ia bertujuan mempertahankan kedaulatan institusi diraja negara.

Beliau berkata kajian menyeluruh harus dilakukan dalam penggubalan akta itu, yang dilihat sesuai untuk menghalang pihak atau individu tertentu daripada menderhaka kepada raja, sama ada dalam bentuk ucapan, sindiran, grafik dan sebagainya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah untuk mewujudkan satu undang-undang khas terhadap kesalahan menderhaka kepada raja. — Bernama

Dunia belum kehabisan minyak dan gas, kata CEO Petronas

Posted: 10 Jun 2013 02:17 AM PDT

June 10, 2013

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Dunia belum kehabisan minyak dan gas walaupun telah berpuluh tahun aktiviti penggerudian dan pengeluaran minyak dijalankan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas (gambar).

Jika peserta industri melihat luar Asia dalam skala global, bekalan masih banyak untuk dikeluarkan, dan dunia masih membuat pencarian konvensional, katanya dalam ucapan keadaan industri di Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-17 di sini hari ini.

"Berikutan penemuan baharu, perkembangan teknologi dan pengalaman operasi, secara teknikalnya, sumber yang boleh diperoleh dianggarkan mencukupi untuk selama dua abad pada penggunaan semasa," katanya.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, rizab dunia telah meningkat sejak 1990 di sebalik pertumbuhan pada penggunaan, dan setakat 2011, anggaran adalah kira-kira 1.5 trilion tong dengan 5.9 trilion tong lagi sumber boleh diperoleh yang masih belum ditemui, tambah beliau.

Shamsul Azhar berkata Iraq mempunyai rizab minyak terbukti kelima terbesar dunia pada 143 bilion tong.

Bagaimanapun, memandangkan tenaga adalah penyumbang utama kemakmuran ekonomi, pergantungan ke atas tenaga jangka pendek meningkatkan risiko gangguan bekalan dan pergolakan harga, kata beliau.

Katanya, pelbagai pelaburan huluan di blok penggerudian dan pembinaan jaringan paip baharu dan terminal regasifikasi menunjukkan strategi keselamatan tenaga.

"Serupa juga dengan PETRONAS, kami memulakan pencarian dan strategi pengeluaran agresif, mencuba pelbagai cara baharu, perairan yang lebih dalam dan lapangan yang lebih kompleks," katanya sambil menambah untuk memastikan keselamatan tenaga, peserta industri perlu diberikan kebebasan untuk menentukan keberuntungan komersil pasaran sendiri.

"Dengan itu, peserta industri mempunyai fleksibiliti untuk menguruskan risiko mereka sendiri, berusaha untuk memberikan bekalan dan memenuhi permintaan pada harga yang ditentukan pasaran," kata Shamsul Azhar.

Beliau juga menyeru semua syarikat minyak, penyedia perkhidmatan dan pembuat dasar bekerjasama untuk mencipta penyelesaian yang menggalakkan penggunaan teknologi dan menarik kecemerlangan operasi.

"Industri kita harus berterusan mencari wadah untuk beroperasi dengan bertanggungjawab dan mesra alam," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved