Isnin, 17 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


KDN rangka mekanisme kurangkan banduan warga asing, kata Ahmad Zahid

Posted: 17 Jun 2013 02:36 AM PDT

June 17, 2013

Kementerian Dalam Negeri sedang merangka mekanisme untuk mengurangkan jumlah tahanan warga asing dalam penjara di negara ini termasuk pertukaran banduan.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini terdapat 39,144 banduan dalam penjara di seluruh negara dengan 29.4 peratus adalah warga asing.

"Kos sehari yang dibiayai kerajaan adalah lebih kurang RM35 untuk setiap banduan dan ini adalah satu jumlah yang besar," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas perasmian Penjara Seberang Perai Pulau Pinang oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abas.

Ahmad Zahid berkata kebanyakan kesalahan banduan warga asing adalah tidak memiliki pas pekerja yang sah atau tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.

Katanya Malaysia sedang dalam peringkat akhir perbincangan dengan Thailand untuk proses pertukaran banduan dan langkah itu akan diperluaskan dengan Indonesia.

Beliau berharap kos pembiayaan banduan warga asing dapat dikurangkan supaya wang itu dapat digunakan untuk rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata sebahagian besar banduan di Malaysia adalah kesalahan melibatkan dadah.

Katanya usaha pencegahan dan pemulihan bekas banduan harus dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

"Jabatan Penjara Malaysia bertanggungjawab untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam mengurangkan kadar residivis itu kemasukan semula (bekas banduan ke penjara atau pengulang laku jenayah) tidak melebihi paras 10 peratus," katanya.

Katanya sehingga Jun tahun ini, jabatan berjaya mengekalkan kadar residivis pada paras 7.97 peratus. -- Bernama, 17 Jun, 2013.

RCI diberitahu, pendatang India jadi anggota Rela, terima BR1M

Posted: 17 Jun 2013 02:17 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 17, 2013


Pendatang asing dari India, Peer Mohamad Kadir hari ini berkata beliau menerima kad pengenalan hanya dalam tempoh dua tahun selepas tiba di negara ini semasa berusia 24 tahun, pada tahun 1984.

Peer, 53, memberitahu Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin (RCI) Sabah selepas dua kali gagal memohon kad pengenalan, beliau memperolehi kad pengenalan pada 1986, dengan bantuan pak ciknya selepas membuat permohonan sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Marudu.

Beliau yang juga merupakan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut berkata pernah mengundi dalam lima pilihan raya termasuk beberapa pilihan raya kecil dan merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500.

"Saya diberi borang, tetapi saya tidak pandai isi ... semua pak cik saya tolong," kata Peer yang lahir di Chennai, India ketika disoal oleh pegawai RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

"Saya diarahkan membayar duti stem sebanyak RM20, surat akuan semua ada ... pak cik uruskan," katanya lagi, yang juga tidak mempunyai sijil lahir dan data ibu bapa yang tidak lengkap di pangkalan data JPN.

Ketika disoal oleh pegawai penyiasat RCI Jamil Aripin bahawa tempat lahir sebenar dan tempat lahir yang tertera dalam kad pengenalannya juga berbeza, bekas Pegawai Perhubungan Awam Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) itu berkata beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak sedar bahawa beliau memperolehi kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.

"Adakah kamu bersetuju kad pengenalan kamu diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang?" soal Jamil. "Saya tak dapat jawab," kata Peer, yang turut mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada Pilihan Raya 2013 lalu.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved