Rabu, 19 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Polis: Laporan siasatan mangsa dikhuatiri tertimbus selesai

Posted: 19 Jun 2013 01:52 AM PDT

June 19, 2013

Laporan siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini telah selesai, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng.

Beliau berkata hasil penemuan siasatan itu akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid pada hari ini bagi proses permohonan sijil kematian.

"Polis bertindak berpandukan apa yang telah kita peroleh seperti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk melakukan kerja mengesan dan menyelamat dan kita percaya mayat mangsa berada di sekitar kawasan kejadian, tetapi tidak dapat dijumpai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan Jabatan Kimia dan Forensik dari Hospital Pulau Pinang turut selesai melakukan ujian di sekitar kawasan kejadian semalam dan tidak menemui sebarang tisu badan dan kesan darah di tempat itu.

Gan berkata kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan orang hilang dan sijil kematian dijangka dapat diserahkan kepada keluarga mangsa, Jumaat ini.

Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa bahagian kereta Honda City berwarna gelap terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu.

Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.

Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pada 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas. - Bernama, 19 Jun, 2013.

Tukar sekolah vernakular kepada sekolah kebangsaan, kata bekas Hakim

Posted: 19 Jun 2013 01:50 AM PDT

Oleh Md Izwan
June 19, 2013

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya sekolah vernakular Tamil dan Cina ditukar menjadi sekolah kebangsaan yang mengajar pelbagai bahasa.

Mohd Noor telah menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila mangatakan kaum Cina bakal menerima tindakan daripada Melayu akibat daripada "pengkhianatan" dilakukan dalam Pilihan Raya 2013.

"Kita bukan mahu membunuh bahasa mereka," kata Mohd Noor dalam satu forum bertajuk "Kedudukan Sekolah Vernakular dari Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan" di sini.

"Kita mahu semua orang diberikan peluang untuk belajar bahasa-bahasa itu," tambah beliau lagi.

Menurut Mohd Noor, terma vernakular "Sekolah Jenis Kebangsaan" ditukar kepada terma baru "Sekolah Kebangsaan" ataupun "Sekolah Kerajaan" bertujuan supaya sistem persekolahan negara tidak hanya khusus kepada suatu kaum sahaja.

"Kita bukan menghapuskan sekolah tersebut.

 "Jenama tersebut memecah belah. Guru dan sekolah boleh lagi berada dalam sekolah tersebut tetapi frasa vernakular boleh digugurkan," katanya.

Di samping itu, beliau turut berkata sistem sekolah tersebut perlu diselarikan dengan sekolah kebangsaan sedia ada dan mencadangkan "sekolah bahasa" yang khusus mengajar bahasa kaum tertentu diwujudkan sekiranya terdapat permintaan untuk mempelajari bahasa tersebut.

"Sistemnya mesti sama dengan sekolah kebangsaan lain... dan jika terdapat permintaan, wujudkan sekolah bahasa untuk mereka mempelajari bahasa asal mereka," jawab Mohd Noor apabila ditanya tentang cadangan penjenamaan tersebut merangkumi perubahan sistem persekolahan sekolah vernakular yang sedia ada.

Bekas hakim tersebut sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas menuduh Cina merancang untuk "merampas kuasa politik" daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari "setia kawan" Melayu.

Mohd Noor turut dilaporkan berkata sistem persekolahan tersebut tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan negara dalam satu forum bertajuk "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu.

"Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

"Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat," kata beliau.

Sejurus kenyataan kontroversi itu, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab kedua-dua individu tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

PR juga mengkritik dan mengecam kedua-dua individu tersebut kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara.

Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh pada 15 Mei lalu membuat satu laporan polis ke atas Mohd Noor yang juga merupakan salah seorang panel dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan berbentuk hasutan tersebut dan menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, "Apa lagi Cina Mahu?".

Akhbar itu - dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain - secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya. - 19 Jun, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved