Sabtu, 22 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Malaysia Komited Tangani Jerebu, Tawar Pembenihan Awan Kepada Indonesia

Posted: 22 Jun 2013 02:51 AM PDT


June 22, 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited mengatasi masalah jerebu dengan menawarkan khidmat pembenihan awan kepada Indonesia. 

Beliau berkata dengan inisiatif itu, diharapkan masalah jerebu akan segera berakhir. 

Najib berkata demikian dalam laman Twitternya, hari ini. 

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata Malaysia akan menawarkan khidmat pembenihan awan yang akan disampaikan secara rasmi dalam pertemuannya dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Rabu ini. 

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan perdana menteri pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, yang pada mula mencadangkan supaya Malaysia mengadakan pembenihan awan di kawasan yang dilanda jerebu teruk di negara ini. 

Jerebu yang melanda kali ini adalah terburuk berbanding pada 2005 dan 2010 apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras tertinggi melebihi 382 iaitu paras bahaya di Muar. - Bernama, 22 Jun, 2013.

Husam Musa ditahan polis

Posted: 22 Jun 2013 01:22 AM PDT

Oleh Amin Iskandar, Pengarang Berita
June 22, 2013

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan oleh polis hari ini di Pandan.

Menurut Husam, beliau percaya penahanannya bertujuan untuk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.

"Saya ditahan di Pandan tadi lebih kurang jam 4.00 petang. Sekarang ini saya berada di IPD Ampang," kata Husam apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

"Saya dibertahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan. Tapi saya berada di Kelantan sejak tiga hari lalu takde pula yang menahan saya," tambahnya.

Baru-baru ini, Husam mengeluarkan kenyataan menggesa penyokong dan ahli PAS untuk menyokong perhimpunan Black 505.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," kata Husam disiarkan pada 18 Mei oleh Harakahdaily.


Ku Nan ke Padang Merbok untuk berunding dengan pemimpin PR

Mengapa hadir perhimpunan Black 505?

Perhimpunan Black 505 ke Kuala Lumpur, kehadiran anggota polis kecil

Perarakan Black 505 bermula

Nurul Izzah minta peserta jangan bawa anak-anak kecil

Polis, DBKL akhirnya mengalah, benarkan Black 505 di Padang Merbok

Ambiga: SPR perlu jawatan kerana persempadanan semula dijalankan hujung tahun ini

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved