Ahad, 23 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mat Sabu: Pakatan perlu menang sokongan Melayu untuk memerintah Malaysia

Posted: 23 Jun 2013 12:09 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

June 23, 2013

Umno berjaya menanam persepsi parti itu adalah pejuang dan pelindung Melayu, dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menghapuskan persepsi sedemikian daripada komuniti Melayu jika mahu mengambil alih pemerintahan negara, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata Umno berjaya dianggap pelindung survival Melayu dan Islam, yang menjadikan masyarakat Melayu yakin parti majoriti Melayu itu sahaja yang akan mempertahankan Islam, termasuk penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Umno masih dianggap pelindung Melayu dan Islam ... inilah kalau kita lihat keputusan (pilihan raya) bahawa orang Melayu masih bimbamng kalau Umno kalah bagaimana apa akan terjadi kepada orang Melayu, Islam.

"Ini kejayaan persepsi yang ditanam sejak merdeka, yang menjadikan rakyat takut mengalahkan Umno, termasuk menjaga nama Allah," kata Mat Sabu ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) di Ampang.

Justeru itu, Mat Sabu menggesa rakan komponen PR dari DAP, dan PKR memberi bantuan sewajarnya bagi memastikan persepsi berkenaan dapat dihapuskan.

"Bantuan semua kaum khasnya DAP yang memperolehi undi besar nak buang persepsi Umno pejuang Melayu ... macam mana nak buang dalam masa, tiga atau empat tahun akan datang," katanya di hadapan 400 penyokong PR yang hadir hari ini.

Menurut Mat Sabu, perkara itu perlu diambil berat, termasuk kenyataan-kenyataan beberapa pihak yang dieksploitasi, dan memberi kelebihan kepada Umno.

"Kadangkala itu membantu Umno mendapatkan kerusi, ia perlu diperhalusi, kita merayakan kemenangan tetapi kita hadapi kekurangan di satu pihak lain."

"Peranan wakil rakyat kita perlu dipertingkatkan, memahami daya dan juga inspirasi kaum dan mengubah persepsi terhadap satu perkara," katanya lagi.

Pemimpin-pemimpin PR sebelum ini pernah bertelagah berhubung beberapa perkara seperti pelaksanaan hukum Islam, Hudud sekiranya mereka berjaya memerintah.

Cadangan daripada PAS itu telah ditolak bulat-bulat beberapa pemimpin DAP seperti Pengerusinya, Karpal Singh, yang kemudiannya mencapai konsensus mereka setuju untuk tidak bersetuju.

Isu penggunaan kalimah Allah juga pernah dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika perutusan Krismas hujung tahun lalu, yang mana kembali menjadikan isu berkenaan suatu perdebatan dan mengambil perhatian ramai pihak.

"Secara umumnya, orang Melayu ini kuat, percaya kepada takdir walaupun cara kepercayaan itu boleh diperbahas," kata Mat Sabu lagi.

Husam Musa direman dua hari untuk siasatan mengikut akta hasutan

Posted: 22 Jun 2013 11:43 PM PDT

June 23, 2013

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa direman dua hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' baru-baru ini.

Perintah tahanan reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Habri Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di mana Husam ditahan.

Polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah.

Husam, 54, ditahan pada 4 petang semalam di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke Kota Baharu malam tadi.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok di sini semalam dianggap sebagai 'mati syahid'.

Bercakap kepada pemberita, Peguam Hisham Fauzi berkata seramai 10 peguam akan mewakili Husam bagi kes tersebut.

Wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan memasuki IPD berkenaan yang dijadikan mahkamah majistret sementara. - Bernama, 23 Jun, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved