Khamis, 27 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Hujan diramal beberapa hari mulai sabtu, monsun barat daya dijangka hingga September

Posted: 27 Jun 2013 02:55 AM PDT

June 27, 2013

Hujan diramal berlaku di beberapa tempat di persisiran pantai Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mulai awal pagi Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

JMM dalam kenyataan hari ini berkata untuk beberapa hari akan datang, angin bertiup dari arah barat ke barat daya dengan kelajuan antara 10 dan 20 kilometer sejam.

"Negara masih lagi mengalami Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September depan," menurut kenyatan itu.

Pada sebelah petang pula, hujan curah dijangka berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung, Kelantan, Terengganu dan Pahang, pada lewat petang dan malam.

Di Sabah dan Sarawak, angin amnya bertiup dari barat daya dengan kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam.

"Cuaca di Sabah adalah baik pada waktu pagi manakala pada sebelah petang ribut petir dijangka di satu dua tempat di kawasan pedalaman dan Sandakan," menurut kenyataan itu.

Di Sarawak, cuaca baik dijangka di kebanyakan tempat kecuali Miri dan Limbang dengan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. -BERNAMA, 27 Jun, 2013.   

Idris Jusoh: BN yakin pertahanan DUN Kuala Besut

Posted: 27 Jun 2013 02:23 AM PDT

June 27, 2013

Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, semalam.

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan Allahyarham berjaya meraih majoriti lebih 2,400 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Kita yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, kita di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya.

"Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil Umno pusat,"  kata Idris yang juga anggota Parlimen Besut ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Rakyat di sini.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata jentera pilihan raya BN peringkat negeri dan pusat akan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

"Saya cukup kenal rakyat dan amat memahami kawasan ini...biarkan pakatan pembangkang mahu cakap apa saja, yang penting rakyat tahu jasa BN dan saya cukup mengenali rakyat DUN Kuala Besut," katanya.

A. Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi akibat kanser paru-paru.

Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat satu kerusi. - Bernama, 27 Jun, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved