Jumaat, 28 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


27 lelaki ditahan terlibat dalam aktiviti sabung ayam

Posted: 28 Jun 2013 02:59 AM PDT

June 28, 2013

Polis Terengganu menahan 27 lelaki yang sedang asyik melakukan aktiviti menyabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Jabi di sini semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata serbuan kira-kira 8 malam itu dilakukan hasil maklumat orang awam dan intipan yang dilakukan oleh unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

"Sebelum serbuan kita telah lakukan risikan dan intipan dan mendapati sekumpulan lelaki berusia lingkungan 22 hingga 68 tahun sedang berkumpul dan bersorak melaga ayam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas 11 ekor ayam jantan, 10 serkap ayam, sebuah generator, kerusi serta wang tunai.

Katanya kesemua lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Besut dan dibebaskan dengan jaminan polis. - Bernama, 28 Jun, 2013.

Rasuah: Tiga warga Indonesia, warga Myanmar dipernjara sehari, denda RM, 5000

Posted: 28 Jun 2013 02:29 AM PDT

June 28, 2013

Tiga warga Indonesia dan seorang warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mereka mengaku bersalah memberi suapan kepada tiga anggota polis trafik Selasa lepas.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar juga memerintahkan Abdul Rohman Rais, 36, Mat Soleh, 32, Marhamah, 39, dan Min Myo Min, 37, dipenjarakan sebulan lagi jika mereka gagal membayar denda.

Abdul Rohman, Mat Soleh dan Min Myo Min masing-masing didakwa memberi suapan RM50 dan RM100 kepada Sarjan Ahmad Khairi Ley, Koperal Mohd Nor Mohd Yacoob dan Koperal Abdul Aziz Jaafar yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kajang cawangan trafik.

Ia adalah sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman kepada mereka kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Marhamah pula didakwa memberi suapan RM50 kepada Ahmad Khairi sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman terhadap adik sepupunya bernama Rumiati atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu semasa menunggang motosikal.

Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Plaza Tol Batu 9, Cheras dekat sini antara pukul 7.35 pagi dan 9.15 pagi pada 25 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lokman Kassim sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama, 28 Jun, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved