Isnin, 3 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Hasmy Agam dilantik semula sebagai pengerusi Suhakam

Posted: 03 Jun 2013 02:53 AM PDT

TERKINI @ 05:54:42 PM 03-06-2013

June 03, 2013

KUALA LUMPUR, 3 Jun ― Tan Sri Hasmy Agam dilantik semula sebagai pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri mengatakan pelantikan Hasmy berkuatkuasa pada 26 April lepas dan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengikut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

"Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai Pengerusi Suhakam," menurut kenyataan itu.

Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A. Majid dan James Deva Nayagam pula dilantik semula sebagai anggota suruhanjaya itu untuk tempoh sama.

Sementara Prof Datuk Dr Aishah Bidin, Francis Johen anak Adam dan Sylvester Madating @ Nordin Kasim merupakan anggota baru.

Anwar akan ‘nasihati’ Azmin behubung pertikaian pelantikan Saifuddin ke pejabat MB

Posted: 03 Jun 2013 02:45 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 03, 2013

PETALING JAYA, 3 Jun ― Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan akan menasihati Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang mempertikaikan pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu memberi jaminan berkenaan ketika disoal pemberita di Ibu Pejabat PKR si sini, berhubung kenyataan Azmin  yang berkata anggota parti kurang senang dengan pelantikan Saifuddin tersebut.

"Saya akan nasihati beliau," kata Anwar ringkas kepada pemberita.

Laporan Sinar Harian Online hari ini memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

"Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu," kata Azmin dipetik Sinar Harian Online.

Akhbar berkenaan juga turut memetik kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

"MPN (Majlis Pimpinan Negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Sementara itu, Saifuddin sendiri dalam satu lagi laporan di halaman sama berkata beliau hanya akan mengetahui bidang tugas berkenaan apabila bertemu Khalid pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas berkenaan antara lainnya melibatkan usaha memperkukuh kerajaan negeri dan membina kekuatan pengaruh lebih luas di kawasan yang tidak dikuasai Pakatan Rakyat.

Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antrabangsa sebelum ini dilaporkan mempunyai krisis dengan Abdul Khalid berhubung pelantikan menteri besar di Selangor.

Perkara itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dan Abdul Khalid kekal sebagai menteri besar mengetuai negeri terkaya di Malaysia itu bagi penggal kedua.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved