Rabu, 5 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tiga polis didakwa kerana membunuh Dhamendran, tertuduh keempat masih bebas

Posted: 05 Jun 2013 02:13 AM PDT

Oleh Ida Lim
June 05, 2013

Keluarga mendiang N. Dhamendran ditemani peguam N. Surendran.KUALA LUMPUR, 5 Jun — Anggota polis yang dituduh menyebabkan kematian N. Dhamendran didakwa kerana membunuh hari ini selepas ditemui mati dalam lokap polis di sini.

Tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan kepada tiga anggota polis dalam mahkamah magistret di sini, di mana seorang lagi yang dituduh masih bebas.

Tiga anggota polis yang didakwa hari ini adalah Jaferi Jaafar, Mohd Nahar Abd Rahman, Mohd Haswadi Zamri Sahari, dengan yang pertama berpangkat sarjan dan kedua-dua lagi berpangkat koperal.

Identiti tertuduh keempat tidak didedahkan.

MENYUSUL LAGI

Uthayakumar dari Hindraf dipenjarakan kerana menghasut

Posted: 05 Jun 2013 01:59 AM PDT

June 05, 2013

P.Uthayakumar (tengah) di sebuah perkumpulan Hindraf pada tahun 2010.KUALA LUMPUR, 5 Jun — Pemimpin hak asasi India P. Uthayakumar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan enam bulan hari ini kerana menulis kenyataan menghasut dalam suratnya kepada Perdana Menteri British Gordon Brown pada 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman tersebut tengah hari tadi selepas mendapati aktivis bertukar ahli politik itu gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Uthayakumar, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dituduh mengeluarkan bahan menghasut itu pada Brown diantara 15 November dan 8 Disember 2007, dan didakwa pada 11 Disember tahun sama dengan jenayah.

Beliau didakwa di bawah seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan jika disabitkan kesalahan, akan dikenakan penalti denda atau tiga tahun penjara jika kesalahan pertama.

Uthayakumar dijatuhkan hukuman hari ini beberapa jam selepas adiknya P. Waythamoorthy mengangkat sumpah sebagai Senator dalam kerajaan baru Barisan Nasional (BN).

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved