Khamis, 6 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jenazah bapa tiri MB Perak selamat disemadikan

Posted: 06 Jun 2013 01:52 AM PDT

June 06, 2013

PANGKOR, 6 Jun — Jenazah Allahyarham Jaafar Long, bapa tiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meninggal dunia akibat sakit tua selamat disemadikan hari ini. Jenazah Allahyarham Jaafar, 75, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid di sini kira-kira 1 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Teluk Raja Bayang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan menziarahi jenazah. Selain Zambry dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, turut hadir ialah beberapa exco kerajaan negeri, anggota Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tertera, Lumut pada pukul 7.50 malam tadi di samping isteri Saidatul Badru Abdul Kader, 72, dan empat anaknya.

Zambry berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. — Bernama

Majlis fatwa akan lantik pakar perjelas hukum agama dan fatwa, kata Jamil Khir

Posted: 06 Jun 2013 01:50 AM PDT

June 06, 2013

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Majlis Fatwa Kebangsaan akan melantik seorang felo atau pakar rujuk untuk menjawab dan memperjelas hukum-hakam berkaitan fatwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ketika ini terdapat banyak pihak yang mengeluarkan kenyataan atau menjawab sebarang isu berkaitan fatwa yang timbul.

"(Dengan ini) Tidak akan timbul persoalan mengenai kredibiliti mereka yang bakal dilantik ini kelak. Apa jua jawapan kepada masalah hukum hakam akan keluar mengikut sumber itu.

"Kita belum ada calon yang sesuai lagi dan perkara ini akan dibincangkan (untuk dimuktamadkan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan di bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, di sini hari ini. Jamil Khir menjelaskan pelantikan individu itu juga perlu supaya dapat memberi jawapan yang lebih pantas tanpa mengambil pandangan atau mencampur aduk hal peribadi, politik atau sesuatu organisasi.

Menurutnya jawapan itu pula akan dipanjangkan ke laman portal khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bakal diwujudkan kelak selaras dengan pelantikan individu berkenaan. Beliau berkata pewujudan portal itu juga dilihat selari dengan cita rasa masyarakat kini yang lebih suka membuat carian menerusi media baharu bagi mendapatkan maklumat termasuk hukum agama.

"Melalui portal khas ini, kita akan selaraskan semuanya sekali (jawapan dan isu mengenai fatwa). Portal ini dikemas kini secara harian supaya mudah dirujuk dan akan dipelbagaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab." — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved