The Malaysian Insider :: Bahasa |
MIC ugut boikot Perak jika tidak diberikan jawatan Speaker DUN Posted: 08 Jun 2013 01:52 AM PDT Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) di negeri dipimpin Umno itu. Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata ahli Parlimen Cameron Highland itu. "Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini. MENYUSUL LAGI |
Tiga termasuk pesakit jantung cedera ambulans terlibat dalam kemalangan Posted: 08 Jun 2013 01:31 AM PDT Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.45 pagi, pemandu ambulans, pembantu perubatan dan pesakit itu terpaksa dikeluarkan oleh orang ramai daripada ambulans yang terbalik itu setelah dikatakan dirempuh sebuah Toyota Camry di persimpangan lampu isyarat Jalan Pintas-Jalan Bakri. Ambulans tersebut dalam perjalanan membawa pesakit berusia 50an itu dari Hospital Pakar Putra, Batu Pahat untuk dirujuk ke Hospital Pakar Putra, Melaka manakala kereta Toyota Camry itu dalam perjalanan dari arah bandar Muar ke Bakri. Ketika kejadian, tayar belakang Toyota Camry itu dikatakan meletup menyebabkannya terbalik. Seorang saksi Abdullah Sariman, 76, yang tinggal berhampiran tempat kejadian menceritakan, dia terdengar dentuman kuat dan melihat sebuah ambulans terbalik dengan siren kecemasan masih berbunyi. Dia bersama menantunya, Salihin Jaafar, 37, dan pengguna jalan raya lain segera membantu mengeluarkan mangsa dengan mengumpil pintu ambulans itu. Katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini dengan sebuah kenderaan Jabatan Pertahanan Awam. Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Shahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. â Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan