Ahad, 9 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Ubah, hudud, Himpunan Hitam 505

Posted: 08 Jun 2013 04:59 PM PDT

June 09, 2013

Haji Subky Abdul Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.

9 JUN — PRU13 sudah berlalu hampir sebulan. Keputusan diumumkan oleh SPR dikira kontroversi sudah diketahui bahawa perubahan menguasai Putrajaya yang pembangkang kumandangkan tidak tercapai.

Keputusan itu dipertikai oleh Pakatan Rakyat. Ia menganjurkan Himpunan Hitam 505 di merata-rata dengan sambutan memberangsangkan. BN dan polis ada pesepsinya atas himpunan. Ia  dikira jangkitan kuman Spring Arab bagi menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Warga dan penyokong BN sekata dengan persepsi itu.

Golongan pro perubahan terutama di peringkat akar umbi mengira himpunan hitam itu satu lanagkah popular tetapi ada pemimpun ulama yang tidak memilih pendekatan unjuk rasa menyatakan mengapa unjuk rasa tidak wajar jadi pilihan.

Saya bukan lagi orang politik nasional, bahkan pengikut perkembangan politik biasa, bebas berada di gerai, di lorong-lorong, di surau dan menyetai kegiatan sosial seperti kenduri dan kematian.

Maka saya banyak didekati oleh orang akar umbi ini bersungut tentang pemimpin tertentu meremehkan unjur rasa dan bercakap tentang hudud dalam kempen sedang hudud itu bukan isu pada PRU itu.

Saya ditanya itu dan ini dengan nada yang tidak seronok. Mereka kata, mereka bersedia buat apa saja demi perubahan. Mereka mengambil bahagian dalam proses mencaria perubahan melallui kegiatan demokrasi. Apa jua yang pemimpin anjur mereka sertai, beri tenaga, masa dan wang inggit, pergi ke mana saja.

Kata mereka, PRU13 itu adalah peluang terbaik untuk berubah dan mereka yakin perubahan itu sepatutnya telah berlaku kiranya PRU itu telus, adil dan bersih. Mereka menerima semua yang pimpinan kata bahawa penipuanlah yang menjadikan kemenangan itu gelap. Dulu lagi penipuan itu sudah berlaku. Tetapi kali ini penipuan itu mudah dibuktikan dengan berbagai cara termasuk tekanan unjuk rasa dan Himpunan Hitam 505 itu.

Himpunan dan unjuk rasa itu bukan jangkitan Arab Spring, bukan untuk menumbangkan kerajaan secara kekerasan seteruk mana pun kerajaan itu. Tetapi yang mereka sokong ialah mengadakan tekanan kepada SPR supaya telus, adil  dan bersih seperti yang dituntut oleh Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan seterusnya. Unjuk rasa itu aman. Bukan untuk membuat huruhara, jauh sekali dari merampas kuasa.

Yang mereka mahu adanya reformasi dan transformasi SPR supaya lain kali ia jadi badot lagi.

Lalu mereka tanya, mengapa pemimpin cakap tentang hudud hingga mencelarukan kempen yang licin. Hudud adalah hal yang jelas bagi semua, pelaksanaannya akan berlaku bila tiba waktunya dan tidak perlu dijadikan isu utama dalam kempen.

Buat apa ketika orang akar umbi bersedia apa saja seperti unjuk rasa, pemimpin remehkan unjuk rasa. Siapa yang tidak suka serta adalah haknya, tetapi buat apa celarukan kerja orang yang sudah bulat mengenakan tekanan kepada SPR supaya jangan lagi bermain kayu tiga?

Saya kata, isu hudud tidak ganggu penyokong DAP mengundi Pakatan. Ustaz Hadi dan TG Nik Aziz serta setengah  dari unjuk rasa. Ertinya unjuk rasa itu populer bagi pejuang perubahan. Mereka setuju dengan tetapi mereka tidak puas hati hal-hal itu mengganggu kelicinin kempen dan mereka tidak tahu jawab.

Saya pun tidak tahu menjawabnya. Akar umbi sudah sedia untuk perubahan, jangan ada orang atas bercakap tentang hal yang tidak releven, nanti orang kata, orang akar umbi lebih faham politk dan segala sepak terajangnya dari orang atas.

Kali ini orang akar umbi itu betul. Mereka adalah sebahagian dari pengundi popular yang 51 peratus dalam PRU itu.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

S.Shamsuddin dan kenangan Jalan Ampas

Posted: 08 Jun 2013 04:53 PM PDT

June 09, 2013

Meor Yusof Aziddin adalah Malaysian folk singer/songwritter yang telah menghasilkan 10 album indipenden sejak tahun 2000 sehingga 2011. Juga penulis untuk buku tentang kehidupan, "Sembang Tepi Jalan" dan "Syurga Yang Hilang." Memblog di www.pestajiwa.net. Berkerjaya sebagai "professional busker" di KL Sentral di bawah pengurusan KTMB sejak tahun 2010 sehingga ke hari ini.

9 JUN — Apabila saya membaca berita di akhbar siang tadi tentang seniman S.Shamsuddin yang telah meninggal dunia jam 10.56 pagi pada 4 Jun 2013 di usia 84 tahun, segera saya teringat akan filem-filem lakonannya yang hebat terutama di era Jalan Ampas tahun 50an dan 60an dulu.

Arwah atau nama sebenarnya Shamsudin bin Dali (lahir 1 Januari 1929) menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batuk Avanue, Jurong, Singapura.

S.Shamsudin (gambar) seorang pelakon komedi yang sangat berbakat. Namanya popular sewaktu era siri filem Bujang Lapuk arahan P.Ramlee di pertengahan tahun 50an dulu.

Bukan hanya arwah, bahkan kebanyakan pelakon di era 50an berbakat belaka dan punya karisma yang kuat walaupun sekadar pelakon tambahan. Itulah bezanya antara pelakon era dulu dan sekarang.

Antara filem-filem lakonan beliau yang berkesan antaranya "Nujum Pak Belalang", siri "Bujang Lapok" dan "Antara Dua Darjat". Walau beliau bukan dikategorikan sebagai pelakon utama untuk setiap filem yang dilakonkannya, tapi watak pembantunya tetap menyerlah, penting dan memberikan kesan yang mendalam pada para penonton.

Lawak yang terbaik selepas era 50an bagi saya adalah era 70an waktu zaman Badul, R.Jaafar dan Yahya Sulong (Datuk). Bila masuk zaman kumpulan lawak TV3 Senario seni dan mutu lawaknya bagi saya tidak menarik sangat dan mengada-ngada.

Orang dulu berlakon penghayatan mereka pada watak memang hidup dan ada 'feel'. Walau pun lokasi lakonan hanya di dalam studio, itu tidaklah menjadi soal dan masalah kerana watak-watak yang hidup dan berkesan sudah cukup untuk menjadikan cerita yang ditayangkan mendatangkan kesan pada kita.

Saya pertama kali menonton filem "Bujang Lapok" (filem keluaran tahun 1957), "Ali Baba Bujang Lapok" (1961) dan "Seniman Bujang Lapok" (1961) di zaman TV hitam putih di kampung pada hujung tahun 70an dulu.

Waktu itu TV cuma bersaiz 14 inci, terpaksa guna bateri kereta yang perlu dicas kerana waktu itu kemudahan elektrik belum ada di tempat saya. Tahannya cuma seminggu lebih kurang bergantung betapa kerapnya kita menonton.

Kalau bateri yang dicas sudah habis, gambar di TV akan menjadi semakin kecil dan akhirnya langsung padam. Bapak saya akan mengecas semula bateri itu di pekan Bruas yang letaknya 6km dari rumah saya.

Pertama kali menonton filem keluaran Malay Filem Production (MFP), "Seniman Bujang Lapok" (arahan Tan Sri P.Ramlee), saya ketawa terbahak-bahak sampai pecah perut. Dan magiknya sehingga hari ini saya masih tidak jemu dan tetap akan ketawa bila menonton filem-filem lawak zaman dulu terutama jika pelakonnya Ahmad Nisfu, S.Shamsuddin, Aziz Sattar (Datuk), Udo Omar dan M.Zain (sekadar menyebut beberapa nama).

Studio Jalan Ampas mula beroperasi pada tahun 1937 sebelum perang Perang Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, ia kembali beroperasi dan berjaya menghasilkan filem-filem yang bertaraf box-office terutamanya sewaktu era P.Ramlee menjadi pengarah dan pelakon.

Apabila P.Ramlee berhijrah ke Merdeka Film Productions dan mengarahkan filem "Si Tora Harimau Jadian" (1964) menjadikan MFP semakin malap dan pudar warna dan tarikannya sehingga akhirnya ditutup pada tahun 1967.

Malang karier P.Ramlee juga semakin malap bila berhijrah ke Merdeka Filem. Filem-filem arahannya seperti Ragam P.Ramlee, "Do Re Mi" (1966), "Masam-Masam Manis" (1965) dan "Ahmad Albab" (1968) antaranya tidaklah mendapat sambutan sangat. Kebanyakan filem-filemnya juga kurang menyerlah dari segi kreativiti seolah hanya main tangkap muat sahaja berbeza sewaktu era kegemilangan beliau di Jalan Ampas.

Di Jalan Ampas, para pelakon waktu itu kebanyakannya dibayar gaji dan bonus oleh majikan mereka. Walau waktu itu gaji RM150 sebulan, itu dikira mewah pada zaman itu. Pelakon juga tidak digalakkan bergaul dengan masyarakat untuk menjaga imej mereka supaya dipanjang hebat dan glamour selagi bergelar pelakon.

Hakikatnya kebanyakan mereka tidaklah kaya raya dengan duit hasil lakonan malah ada yang merempat dan hidup dalam keadaan yang daif pada penghujung usia mereka. Saya sedih apabila membaca kisah riwayat hidup Ahmad Nisfu yang hidup sebatang kara dan daif dalam meniti usia tuanya. Beliau adalah pelakon legenda yang tidak sepatutnya dilupakan semasa hayatnya.

Selepas studio Jalan Ampas ditutup pada 1967, kebanyakan pelakon membawa arah masing-masing. Ada yang tenggelam, ada yang timbul. Begitulah nasib para pelakon di zaman itu. hasilnya ramai mereka yang kalah dalam permainan dan pertaruhan nasib dalam mengharungi hidup ini. Nyatalah pelakon era itu hanyalah umpama lilin yang menerangi kehidupan masyarakat.

Bukan hanya nasib mereka tidak dipedulikan oleh sesiapa, bahkan pandangan masyarakat yang negatif terhadap orang seni juga adalah pendorong pada nasib malang yang menimpa mereka. Tonton saja filem "Ibu Mertuaku" arahan P.Ramlee, itulah mentaliti kebanyakan masyarakat kita terutamanya orang Melayu zaman itu.

Berbeza dengan zaman sekarang di mana para pelakon dan penyanyi mampu hidup mewah dengan duit hasil berlakon. Walau tahap lakonan tidaklah seberapa namun itu tidaklah menjadi masalah pula kerana kebanyakan pengarah lebih suka pada pelakon yang kacak dan lawa ditambah dengan tahap mentaliti majoriti penonton yang suka berseronok tanpa perlu berfikir tentang apa mesej yang mahu disampaikan, maka filem-filem yang boleh jual sehinggalah ke hari ini hanyalah filem komersial yang laku di pasaran luar bandar terutamanya.

Hari ini ramai pelakon dan penyanyi yang sudah mendapat pelbagai pangkat dan gelaran dari pihak kerajaan dan taraf mereka juga tinggi disisi masyarakat. Ramai para remaja yang kalut untuk mengejar impian mereka menjadi pelakon juga penyanyi. Tidak hairanlah ramai yang hadir hanyalah sekadar melengkapkan musim yang silih berganti sahaja.

Saya pun tidak kenal sangat siapa pelakon yang hebat era masa kini. Aaron Aziz? Hebat kerana wajahnya yang kacakkah atau lakonan yang mantap? Saya tengok mutu lakonannya kalau nak dibandingkan dengan pelakon legenda Nordin Ahmad, sangat jauh kalau kita nak bandingkan.

Al-Fatihah untuk pelakon S.Shamsuddin yang telah meninggal dunia pada 04hb Jun 2013, semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved