Khamis, 11 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


21 setiausaha politik angkat sumpah simpan rahsia

Posted: 11 Jul 2013 02:43 AM PDT

July 11, 2013

Sebanyak 21 Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen hari ini.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Majlis angkat sumpah itu diketuai Datuk Jailani Ngah diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Datuk Mohd Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah: * Datuk Dr Marzuki Mohamad (Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin) * Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) * Datuk Markiman Kobiran (Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) * Razak Sakaran Dandai (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) * Datuk Daniel Kinsik (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili) * Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Benard Dompok) * Datuk Abdul Halim Mohammad (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) * Mohd Ali Mansor (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) * M Vellaiyan (Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam) * Azizul Kama Abdul Aziz (Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah) * Basorri Abu Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom) * Fazzrudin Abdul Rahman (Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof) * Mejar (B) Peter anak Runin (Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot) * Abd Halim Jusoh (Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh) * Kibin Samad (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan) * * Japirin Sahadi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin). - Bernama, 11 Julai, 2013.

Syabas: Selangor tidak pernah beri peruntukan program Capex

Posted: 11 Jul 2013 02:38 AM PDT

July 11, 2013

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menjelaskan bahawa kerajaan Negeri Selangor tidak pernah memberi sebarang peruntukan kewangan kepadanya bagi melaksanakan program perbelanjaan modal sejak bermulanya konsesi itu pada Januari 2005 sehingga sekarang.

Menurut kenyataannya hari ini, keseluruhan kos perbelanjaan modal (Capex) itu dibiayai sepenuhnya oleh Syabas melalui dana dalamannya sendiri, pinjaman bank, pinjaman dan geran dari kerajaan persekutuan, tanpa sebarang sumbangan kerajaan negeri Selangor.

"Dengan pelaksanaan program air yang tiada hasil (NRW), Syabas berjaya menurunkan kadar NRW daripada 42.78 peratus semasa sistem pengagihan air diurus sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor kepada 31.18 peratus pada September 2008 apabila Syabas mengambil alih pengurusan mulai 1 Januari 2008," katanya.

Bagaimanapun, program kerja dan usaha Syabas seterusnya bagi mengurangkan kadar NRW terbantut atas arahan kerajaan negeri Selangor yang membekukan kelulusan program Capex Syabas sejak 2008, kecuali program yang sangat kecil dan kritikal.

Akibatnya ialah kadar NRW tidak dapat dikurangkan lagi dan hanya dapat dikawal oleh Syabas sekadar kira-kira 33 peratus sehingga hari ini.

Syabas mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM784 juta kepada Syabas bagi mengurangkan kadar NRW.

Sejak mulanya konsesi pada Januari 2005 hingga 30 April 2013, Syabas membuat pelaburan lebih RM2.578 bilion bagi melaksanakan pelbagai program Capex untuk membaik pulih dan menaik taraf sistem agihan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan tujuan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna. - Bernama, 11 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved