Jumaat, 12 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pasangan muda sambut baik project ‘Rumah Transit’

Posted: 12 Jul 2013 03:01 AM PDT

July 12, 2013

Rata-rata pasangan muda yang baharu berkahwin menyambut baik projek 'Rumah Transit' yang diperkenalkan di Dewan Rakyat semalam selain memuji keprihatinan kerajaan terhadap golongan itu. Mereka juga menganggap inisiatif itu satu usaha murni dan alternatif terbaik kerajaan membantu golongan yang baru membina kehidupan berkeluarga.

Pekerja swasta yang bakal berkahwin pada bulan depan, Mohd Rahimi Anuar, 20, berkata, kawasan perumahan yang dicadangkan kerajaan dilihat amat strategik iaitu di kawasan tumpuan seperti di pusat-pusat bandar.

"Tawaran harga sewaan RM124 cukup berpatutan, sesuai kepada mereka yang baharu memulakan hidup berumah tangga dan saya rasa bayaran tersebut tidak terlalu membebankan," katanya yang merancang untuk terus menetap di Kuala Lumpur selepas berkahwin.

Graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang baharu mendirikan rumah tangga pertengahan bulan lepas, Nurul Ain Idris, 26 berkata usaha berkenaan dilihat bertepatan dengan pendapatan suaminya yang masih belum kukuh dan memerlukan masa yang panjang untuk stabil.

"Keperluan asas seperti rumah amat diperlukan memandangkan kos sara hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar.

"Saya puji usaha kerajaan yang kini lebih mengambil berat kebajikan golongan muda, namun saya berharap pihak kerajaan dapat memanjangkan lagi tempoh sewaan hingga lima tahun supaya kewangan lebih stabil," katanya kepada Bernama. Seorang pekerja swasta Ku Noorasyikin Ku Ahmad, 26 berkata tindakan kerajaan amat bertepatan terutama kepada golongan muda supaya belajar berdikari dalam menguruskan kehidupan berkeluarga.

"Bagi saya, tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi mencari dan memiliki rumah sendiri serta memiliki kewangan yang stabil," katanya yang mendirikan rumah tangga tahun lepas.

Ketika mengumumkan mengenai program rumah transit di Dewan Rakyat semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia dijangka dilaksana tahun depan.

Abdul Rahman berkata kerajaan berharap dapat menyediakan 5,000 unit rumah transit di seluruh negara untuk pasangan muda baharu berkahwin bawah umur 30 tahun dengan purata pendapatan bulanan di bawah RM3,000. - Bernama, 12 Julai 2013.

Calon PRK Kuala Besut PAS pernah dipecat dari Umno, kata Idris Jusoh

Posted: 12 Jul 2013 01:49 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis
July 12, 2013

Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh semasa sidang akhbar. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim 12 Julai, 2013.uly 12, 2013. The Malaysian Insider, Afif Abd HalimCalon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bagi PAS, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris ketika sidang media hari ini berkata Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS.

"Dulu, lama dah ... Saya tak ingat tahunnya. Beliau AJK Pemuda Umno cawangan Gong Dering, Kg Baru," kata ahli Parlimen Besut itu kepada pemberita.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi menghormati calon berkenaan dan juga bulan Ramadan.

Jelas Idris lagi, PAS juga bukan sahaja sukar untuk menang di kerusi Kuala Besut, kerana kerusi ini  merupakan legasi BN, mereka juga jelas Menteri Pendidikan II itu sukar untuk seri dengan Umno.

"Mereka nak seri pun susah ... Lagikan nak menang," katanya.

Tiga faktor yang menjadi kriteria dan kelebihan utama BN menang kerusi DUN Kuala Besut jelas Idris adalah calon mereka merupakan seorang ustaz, profesional,dan juga  orang muda.

Malah, disebabkan itu juga beliau sekali lagi menegaskan sasaran majoriti 4,000 undi bagi BN akan dicapai memandangkan kelemahan PAS di kawasan yang dimenangi BN sejak Pilihan Raya 2009.

BN sebelum ini memenangi 17 daripada 32 kerusi, manakala Pakatan Rakyat (PR) memenangi 15 kerusi di Terengganu ketika Pilihan Raya 2013 lalu.

Kuala Besut mempunyai sejumlah 17,683 pengundi berdaftar.

Sementara BN cuba memastikan untuk tidak berlakunya DUN tergantung, PAS bagaimanapun mengharapkan agar berlaku DUN tergantung dengan 16:16 kerusi, kerana menurut mereka ia akan memberikan kelebihan kepada penduduk Terengganu. - 12 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved