The Malaysian Insider :: Bahasa |
Ambiga: Bersih 4.0 diadakan pada Oktober jika daftar pengundi tidak dibersihkan Posted: 13 Jul 2013 03:04 AM PDT
Beliau berkata penipuan SPR tidak dapat diterima dan seolah-olah menghina kebijaksanaan rakyat. "Bersih 4.0 akan dilaksanakan pada bulan Oktober jika SPR tidak bersihkan daftar pengundi," kata Ambiga ketika ditemui oleh pemberita selepas forum. Setakat ini NGO itu sudah menganjurkan tiga perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil. Ambiga menjelaskan SPR seharusnya membersihkan namanya sendiri dan bukan mengharapkan pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), mahu pun pimpinan masyarakat untuk menyelesaikan kemelut badan penggendali pilihan raya itu. "SPR cenderung untuk menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas semua masalah yang membabitkan badan itu namun jika saya menjadi Pengerusi SPR, puluhan laporan polis akan saya kemukakan jika berdepan dengan masalah sedemikian," jelas Ambiga semasa berucap di seminar pasca pilihan raya umum ke 13 anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini. MENYUSUL LAGI |
Ibu tunggal rentung rumah terbakar di Sandakan Posted: 13 Jul 2013 02:17 AM PDT Seorang ibu tunggal mati rentung di rumahnya di Taman Indah Jaya, Sandakan, Sabah, semalam. Mangsa dikenali sebagai Hasnah Astan, 42, dan mayatnya ditemui di tepi katil di dalam bilik utama di tingkat atas rumahnya. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Devi Rashedee Ensoi, berkata kebakaran berlaku kira-kira jam 8 malam yang memusnahkan tingkat atas rumah itu. Katanya, bomba seramai 16 anggota serta dua jentera mendapati api sudah merebak di tingkat atas sebaik mereka tiba. "Kami terpaksa memotong kunci pagar dan pintu utama di tingkat bawah untuk masuk ke dalam rumah," katanya. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess of Kent. Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tinggal bersama anak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun, namun ketika kebakaran kedua-duanya tidak berada di rumah. Punca kebakaran sedang disiasat. - Bernama, 13 Julai, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan