Ahad, 14 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Paul Low didesak segerakan enam resolusi Transparency International

Posted: 14 Jul 2013 02:07 AM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 14, 2013

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong mendesak Datuk Paul Low melaksanakan enam resolusi Transparency International- Malaysia (TI-M) pada 2012 ketika masih diterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Beliau mempersoal kewibawaan Paul kerana melengah-lengahkan semua pelaksanaan resolusi berkenaan sedangkan berpeluang melaksanakannya.

"Low hanya berdepan dengan tiga kemungkinan, tidak boleh diharapkan untuk hapus rasuah dalam Barisan Nasional atau beliau seorang yang hipokrit ataupun kedua-duanya," katanya.

Enam resolusi itu ialah pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui pemecatan pengerusi dan timbalan pengerusinya; kedua mendesak parti politik mengumumkan akaun kewangan mereka; ketiga mengehad perbelanjaan parti politik dan bukan calon sahaja.

Tiga lagi ialah melarang parti politik memiliki atau terlibat dalam perniagaan secara langsung atau tidak langsung, kelima, kerajaan perlu menyumbang dana kepada parti politik dan terakhir, melarang parti politik memiliki mana-mana media.

Minggu lalu, Paul pada sesi perbahasan Parlimen kerajaan sudah melaksanakan sebahagian lapan daripada 22 resolusi yang dibawa TI-M tetapi usaha itu disifatkan tidak memadai.

Sim berkata, pembaharuan 'setengah masak' yang diperkenal Paul menyebabkan pemimpin pembangkang dihadkan kapasiti perbelanjaan dan peraturan pilihan raya.

Sedangkan, katanya, calon BN berbelanja 10 kali ganda daripada had yang dibenarkan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan dakwaan Pakatan Rakyat.

Selain itu, beliau juga menggesa kerajaan memperuntuk masa mencukupi bagi melaksanakan 22 resolusi oleh TI-M bagi memastikan pembaharuan dalam pengurusan kewangan parti politik di Malaysia. - 14 Julai, 2013.

Bapa Ahli Parlimen PAS Siti Zaliah meninggal dunia

Posted: 14 Jul 2013 01:47 AM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 14, 2013

Bapa kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang dari PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff meninggal dunia di rumah adiknya di Kampung Kubang Chenok pada jam 8.03  pagi tadi.

Mohd Yusoff Awang,69, yang menghidap angin ahmar sejak 10 tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di sisi anak keempatnya, Nor'aisah, 42, sebaik selesai memandikannya.

Siti Zailah tiada di rumah kerana sedang membantu parti berkempen sempena pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, lapor Sinar Harian Online. - 14 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved