Isnin, 15 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MCA putus pemilihan parti 22 Disember

Posted: 15 Jul 2013 02:32 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis
July 15, 2013

MCA memutuskan untuk melaksanakan pemilihan parti pada 22 Disember depan selaras dengan Perlembagaan parti dan tarikh itu tidak boleh dipinda mahupun ditunda, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pilihan raya parti berkenaan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Choo Ha yang juga Setiausaha Agung parti berkenaan berkata proses pemilihan bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat tertinggi bermula 15 Julai depan.

Pada kenyataan media, beliau berkata, pemilihan tarikh itu sekalipun pada penghujung tahun mengikut prosedur standard dan patuh kepada Perlembagaan parti.

"Saya kesal ucapan beberapa pemimpin parti tertentu yang mengatakan pemilihan parti berlarutan sehingga Disember. Semua kena memahami. Semua peringkat pemilihan parti perlu dijalankan mengikut jadual," katanya.

Beliau berkata, semua peringkat pemilihan parti perlu dijalankan mengikut jadual dan ia banyak masa.

Choo Haa turut memberi jaminan tugas menyiapkan segala kelengkapan sedang dilaksanakan dan tanggapan bahawa ia akan ditunda adalah tidak benar. - 15 Julai, 2013.

RIM Ltd kini dikenali sebagai Blackberry Ltd

Posted: 15 Jul 2013 01:38 AM PDT

July 15, 2013

Research In Motion Limited yang berpangkalan di AS yang membangun dan memasarkan telefon pintar Blackberry, akan dikenali sebagai Blackberry Ltd mulai hari ini

"Nama baru kami menyerlahkan reputasi jenama ikon kami yang sentiasa menggerakkan dan menghubungkan orang ramai di seluruh dunia," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Thorsten Heins.

Syarikat terdahulu mengumumkan penggunaan nama telefon pintar revolusi Blackberry pada 30 Januari, 2013.

"Ia akan mengukuhkan lagi jenama syarikat," katanya dan menambah yang syarikat mencatatkan kejayaan dalam pengkomputeran mudah alih, mewujudkan produk baharu dan perkhidmatan di bawah pertubuhan bersepadu dan berjenama. - Bernama, 15 Julai, 2015.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved