Khamis, 18 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Peguam Negara nyatakan sebab Alvin, Vivian tidak boleh dijamin

Posted: 18 Jul 2013 02:22 AM PDT

July 18, 2013
Latest Update: July 18, 2013 05:51 pm

Pasangan kontroversi, Alvin Tan (gambar) dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah kerana mereka ada kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai, kata , Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Selepas mempertimbang undang-undang dan fakta berhubung kejadian itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.

"Tindakan mendakwa mereka dibuat lanjutan kejadian seorang individu diculik dan dipukul sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan perbuatan mereka (Tan dan Lee)" kata Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada kenyataan media hari ini, Peguam Negara itu, berkata Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak supaya berhenti memberi kenyataan atau membuat spekulasi berhubung kes itu.

Tan atau nama penuhnya, Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya, Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas ketiga-tiga pertuduhan.

Mereka dituduh berhubung perbuatan mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka dan tidak dibenar ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu
penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan) bersama logo Halal.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.- Bernama, 18 Julai, 2013.

Usul heret Ahli Parlimen Simpang Renggam ke Jawatankuasa Parlimen ditolak

Posted: 18 Jul 2013 01:49 AM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 18, 2013

Pakatan Rakyat (PR) hari ini gagal mengheret Ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mempunyai 20 akaun bank di luar negara.'

Sebanyak 107 undi menolak usul terhadap ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) itu manakala 60 bersetuju.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi membuat usul itu selepas memfailkannya di pejabat Speaker dua minggu lalu.

Ooi mahu merujuk Liang kepada jawatankuasa berkenaan selepas mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun bank dan memiliki $66 juta (RM209 juta) dan $49 juta (RM123 juta).

Anwar menafi tuduhan itu dan mencabar Liang mengulangi dakwaan berkenaan di luar Parlimen supaya boleh disabitkan di mahkamah jika tidak benar.

Semasa perbahasan, Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Mohd Omar sempat menuduh Rafizi Ramli sebagai 'pondan' kerana tidak berani menuduh pengerusi dan timbalan pengerusi SPR mempunyai kaitan dengan pakar runding dakwat kekal Mohamed Salleh Md Ali di luar Dewan Rakyat.

"Cakap tak serupa bikin, tak bermaruah jika tidak berani membuat pertuduhan di luar dewan. Kalau berani sebut nama pengerusi dan timbalan pengerusi SPR di luar dewan," ujar Noh semasa berucap di Dewan Rakyat sambil mengulang dakwaan tersebut di luar dewan semasa satu sidang media.

Sementara itu, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz meminta wakil WikiLeaks agar tampil ke Dewan Rakyat seperti mana wakil APCO yang pernah dipanggil semasa mengemukakan usul kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahiim.

Kebanyakan ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) menggesa ahli parlimen agar berlaku adil dengan mengundi Liang dirujuk kepada jawatankuasa Parlimen berikutan kenyataan beliau dianngap menghina Dewan Rakyat. Antara yang menggesa sedemikian ialah daripada ahli parlimen Bukit Katil dan Bayan Baru,

Menanggguh sidang pertama dewan yang ke-13, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli parlimen kali ini telah mengemukakan usul yang lebih matang berbanding sebelum ini dan menegaskan langkah berkenaan perlu bagi memacu usaha transformasi negara. - 18 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved