The Malaysian Insider :: Bahasa |
Karpal masuk hospital, rayuan kes liwat Anwar dijangka ditangguh Posted: 21 Jul 2013 02:17 AM PDT Rayuan kerajaan terhadap keputusan kes pertuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung esok, mungkin ditangguh berikutan ketua peguam bela, Karpal Singh (gambar) dimasukkan ke hospital. "Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi. "Bagaimanapun, kita belum tahu bila tarikhnya," kata Ramkarpal kepada The Malaysian Insider, hari ini. Kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membebaslkan Anwar dari pertuduhan liwat dan dijadual didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya esok. Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kodomunium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - 21 Julai, 2013. |
Razali belum putuskan untuk bertanding Posted: 21 Jul 2013 02:09 AM PDT Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim belum membuat keputusan sama ada bertanding mana-mana jawatan pada pemilihan Umno pada perhimpunan agung parti itu, Oktober ini. Walaupun pindaan perlembagaan Umno membenarkan semua ahli bertanding secara demokrasi dalam parti, beliau berkata, mereka yang bertanding harus memiliki kemampuan dan idea kepada pengukuhan parti. Katanya, atas faktor umur beliau tidak boleh bertanding jawatan dalam pergerakan Pemuda Umno tetapi menyatakan sokongan kepada Khairy Jamaluddin untuk bertanding mengekalkan jawatan itu. Ahli Parlimen Muar berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Rakan Muda Bubur Lambuk anjuran Jabatan Belia dan Sukan Daerah Muar di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Muar, hari ini. Mengenai keputusan Pergerakan Pemuda Umno Johor dalam mesyuarat khasnya Jumaat lalalu supaya semua jawatan dalam pergerakan itu dipertanding pada pemilihan Umno, Razali menyokong pendirian itu. "Yang penting, pemilihan kali ini bukan sahaja dapat mengukuhkan parti malah mampu mengembalikan keyakinan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya terhadap Umno," katanya. - Bernama, 21 Julai, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan