Selasa, 23 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Syiah sudah diharamkan di Pulau Pinang - Bernama

Posted: 23 Jul 2013 02:34 AM PDT

July 23, 2013

Pulau Pinang mewartakan fatwa mengharamkan fahaman Syiah di negeri ini sejak beberapa tahun lalu lagi, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man.

Beliau berkata, penguatkuasaan dan pelaksanaan fatwa itu bagaimanapun, diserahkan kepada Jabatan Mufti Negeri untuk mengambil tindakan susulan.

"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang bahawa kita dah gazetkan fatwa anti Syiah ini, cuma tindakan belum dilaksanakan. Kalau diselaraskan di seluruh negara tidak tahu macam mana kerana ia bergantung kepada Jabatan Mufti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Permulaan ke Institusi Pengajian Tinggi dan Pembayaran Zakat Korporat, hari ini.

Salleh berkata, setakat ini, MAINPP tidak menerima sebarang laporan mengenai penularan fahaman Syiah di negeri ini dan pemantauan terhadapnya adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Kedah yang bakal mewartakan fatwa anti Syiah seperti yang diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada Khamis lalu.

Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap kerajaan negeri patut mengkaji serta mempertimbang perkara itu dan mencontohi Kedah. - Bernama, 23 Julai, 2013.

TPM arah KPM siasat dakwaan pelajar makan di tandas - Bernama

Posted: 23 Jul 2013 02:20 AM PDT

July 23, 2013

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di dalam tandas.

"Saya mengarahkan KPPM untuk siasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," katanya yang juga Menteri Pendidikan di laman Twitter hari ini.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, kementerian mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah itu sedang dibaik pulih. - Bernama, 23 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved