Khamis, 25 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jerebu beralih ke utara Malaysia - Bernama

Posted: 25 Jul 2013 02:21 AM PDT

July 25, 2013

Jerebu beralih ke utara tanah air dengan Ipoh di Perak dan Seberang Jaya di Pulau Pinang mencatat kualiti udara tidak sihat dan sederhana petang ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkod sehingga 3 petang ini di Ipoh menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 104 manakala Seberang Jaya mencatat IPU 100.

Sebanyak 36 kawasan lain mencatat bacaan IPU sederhana termasuk Seri Manjung di Perak yang menghampiri paras tidak sihat dengan IPU 93, selain Cheras (89), Putrajaya dan Batu Muda di Kuala Lumpur (60) serta Shah Alam (70).

Sebanyak 15 kawasan lagi mencatat kualiti udara baik termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). - Bernama, 25 Julai, 2013.

Saya spontan tunjuk kertas undi, kata Tengku Zaihan - Bernama

Posted: 25 Jul 2013 02:11 AM PDT

July 25, 2013
Latest Update: July 25, 2013 05:31 pm

Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurufoto.

Tengku Zaihan, 37, atau dikenali 'Abe Ku' (Abang Ku) oleh penduduk setempat berkata, beliau tidak berniat untuk menunjukkan kertas undi itu, tetap bertindak spontan disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lalu.

Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada hari pengundian semalam.

"Maklumlah saya tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itu menyebabkan tindakan saya jadi spontan.

"Masa hendak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi sebab mahu memberi respon," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang kononnya beliau  melanggar peraturan pilihan raya apabila menunjukkan kertas undinya kepada jurufoto pada hari mengundi semalam.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi selepas Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

Tengku Zaihan berterima kasih kepada penduduk Kuala Besut yang mengundinya dan masih mengekalkan jiwa 'Gelombang Biru' hingga berjaya mengelakkan DUN Terengganu daripada tergantung 16:16 seperti yang dicanangkan oleh PAS mengenai 16:16 Terengganu Baharu.

"Saya bukanlah penyelamat tetapi pengundi Kuala Besut yang sebenarnya memainkan peranan utama dalam menentukan kemenangan BN dan meneruskan kesinambungan BN memastikan penduduk sini mendapat pembangunan berterusan.

"Selain daripada sokongan setempat, saya lihat pengundi muda mula beri sokongan kepada BN. Mungkin juga ia ada kaitan dengan faktor calon muda diketengahkan BN," katanya.

Terdahulu Tengku Zaihan memulakan tugas hari pertamanya sebagai wakil rakyat dengan bertemu penduduk di sekitar kawasan itu seawal 10 pagi.

Beliau bermula dengan mengunjungi bapanya, Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah, 74, di Kampung Gertak Seratus untuk memohon restu sebelum memulakan tugas pertamanya.

Tengku Zaihan yang ditemani isteri, Siti Salbiah Osman, 34, turut bertemu golongan peniaga di Pasar Tani Kuala Besut kira-kira 30 minit sebelum melawat rumah penyokong BN yang meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit lelah sejak lapan tahun lalu di Kampung Kayu Kelat di sini.

Dalam pada itu, Tengku Zaihan berkata untuk permulaan beliau akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan melihat kembali perancangan yang dibuat wakil rakyat terdahulu.

Dalam pada itu, Tengku Zaihan turut mengakui skop tanggungjawabnya kini lebih luas berbanding pekerjaannya sebelum ini yang juga harus turun bertemu rakyat.  Bernama, 25 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved