Jumaat, 26 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Adakah masanya sudah tiba bagi peperiksaan tunggal untuk ke universiti? - Bernama

Posted: 26 Jul 2013 02:56 AM PDT

July 26, 2013
Latest Update: July 26, 2013 06:03 pm

Adakah masanya sudah tiba bagi Kementerian Pendidikan menimbang dengan serius untuk mengadakan peperiksaan tunggal bagi kemasukan ke universiti sebagai penyelesaian jangka panjang kepada masalah pelajar terbaik yang tidak memperoleh tempat di universiti tempatan?  

Pengerusi Biro Pendidikan Gerakan Lau Chin Hoon sememangnya berpendapat begitu atas dasar dwi-sistem bagi kemasukan ke universiti sekarang, iaitu STPM dan matrikulasi, menjadi punca ketidakpuasan hati sesetengah mereka meskipun terdapat lebih banyak pengambilan berdasarkan merit.

"Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam matrikulasi dan CGPA 4.0 dalam STPM bukanlah setara. Dari segi prosedur parameter kedua-duanya adalah peperiksaan yang sama sekali berbeza. Sebab itulah, kita perlu menyeragamkannya menjadi peperiksaan tunggal untuk ke universiti," jelas beliau.

Ini berikutan hakikat bahawa STPM digabungkan dengan Cambridge Local Examinations Syndicate manakala matrikulasi pula berasaskan kombinasi kerja kursus, peperiksaan dan penilaian pensyarah.

Beliau berkata tanpa peperiksaan kemasukan yang seragam, masyarakat akan sentiasa beranggapan terdapat kurang ketelusan dalam proses pemilihan memandangkan tiada peratusan kemasukan yang boleh diperoleh segera daripada setiap sistem. - Bernama, 26 Julai, 29013.

- LAGI

SPNB buat laporan polis kontraktor kenakan caj untuk RMR1M - Bernama

Posted: 26 Jul 2013 02:40 AM PDT

July 26, 2013
Latest Update: July 27, 2013 01:40 am

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) cawangan Sabah, membuat laporan polis terhadap seorang kontraktor yang didakwa mengenakan caj terhadap pemohon program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, pada 9 Julai lepas.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada beberapa pemohon yang hadir, kontraktor terbabit mengenakan bayaran bermula daripada proses pendaftaran RMR1M, menandatangani perjanjian sehinggalah kepada penyerahan kunci.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPNB di sini hari ini, pemohon terbabit mendakwa kontraktor berkenaan mengenakan bayaran RM500 kepada pemohon baharu RMR1M dengan SPNB serta bayaran tambahan RM2,000 ketika proses menandatangani perjanjian sehingga proses serah kunci.

Bagi mengelak kekeliruan, wakil SPNB di Sabah membuat laporan polis di Pejabat Polis Keningau.

Menurut kenyataan polis, kes itu akan disiasat bagi mengelak lebih banyak lagi aktiviti penipuan berleluasa di kawasan itu.

Kontraktor pelaksana yang dimaksudkan tidak pernah berdaftar sebagai panel kontraktor di SPNB, dan SPNB juga tidak pernah menawarkan sebarang projek RMR1M kepada kontraktor terbabit.

Kenyataan itu menyebut SPNB melaksanakan permohonan secara dalam talian, yang hanya boleh diakses oleh wakil rakyat. Bagi mereka yang berminat untuk memohon program RMR1M dan berkelayakan, mereka boleh terus berjumpa dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing bagi memohon tanpa dikenakan bayaran.

Mengenai kelewatan projek perumahan Taman Apas Permai di Tawau, bahagian pantai timur Sabah, SPNB dalam kenyataan berkata projek itu mengalami kelewatan disebabkan faktor teknikal dan pematuhan pihak berkuasa tempatan.

"Namun mesyuarat tapak pada setiap bulan tetap dijalankan dan laporan kemajuan kerja di tapak juga disokong pada mesyuarat bulanan.

"Pihak kontraktor juga telah bersetuju dan akan memberi komitmen untuk menyiapkan baki pembangunan dalam jangka masa lapan bulan," kata kenyataan itu. - 26 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved