Ahad, 28 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ramayana – Bahagian 27

Posted: 28 Jul 2013 02:19 AM PDT

Oleh Uthaya Sankar SB
July 28, 2013
Latest Update: July 28, 2013 05:35 pm

Ilustrasi oleh: Hussain SajadIlustrasi oleh: Hussain SajadSelepas meminta menteri perdana menguruskan bayaran kepada Maharishi Shringi, Maharishi Vasishta dan para pendeta yang menjayakan Putreshti Yaagam, Raja Dasaratha segera masuk ke dalam istana.

Belanga pemberian Dewi Agni yang berisi nasi manis dipegang dengan penuh cermat. Baginda terasa agak gementar; hampir sama seperti pada kali pertama berkahwin dengan Kausalya dahulu dan gagal menjadi bapa.

Sesampai di ruang yang dikhaskan untuk keluarga, Dasaratha memanggil para isterinya supaya datang segera. Kausalya dan Kaikeyi yang sudah pun sedia maklum tentang Putreshti Yaagam datang beberapa minit kemudian.

Sumitra pula tidak kelihatan. Namun begitu, Dasaratha langsung tidak menyedari mahu pun mengambil kisah tentang ketidakhadiran isteri ketiganya itu. Apa yang lebih penting pada waktu itu adalah untuk menguji keberkesanan nasi manis pemberian Dewi Agni.

"Makanlah nasi manis ini dengan segera …," kata Dasaratha dengan sedikit gementar sambil membahagikan kandungan di dalam belanga itu menjadi dua bahagian yang sama rata.

"Ya, kami sedia maklum tentang nasi manis ini. Maharishi Shringi telah datang bertemu kami dan menceritakan segala rancangannya. Beliau mengingatkan bahawa kami wajib memakan nasi manis ini," kata Kaikeyi sementara Kausalya pula hanya tersipu-sipu.

"Ya?" Dasaratha sedikit hairan tetapi raja itu tidak mahu banyak bertanya. Apa yang paling penting bagi baginda sebagai seorang raja adalah bahawa legasi Raghu Vamsa dapat diteruskan. Perkara-perkara teknikal lain tidak harus menjadi persoalan.

Dasaratha segera menghulurkan separuh kandungan belanga kepada Kausalya dan separuh lagi kepada Kaikeyi. Kedua-dua permaisuri berkenaan diminta memakan nasi manis itu dengan segera.

Raja itu berpuas hati selepas Kausalya dan Kaikeyi memakan beberapa suap nasi manis pemberian Dewi Agni. Baginda segera meminta diri untuk pergi bertemu Shringi dan Vasishta untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka.

"Makanlah nasi manis ini sampai habis. Jangan dibiarkan ada baki walau sebutir nasi. Selepas makan, pergilah berehat di dalam kamar. Kalau sudah ada tanda-tanda mula mengandung, segera maklumkan," kata Dasaratha dengan perasaan berbaur antara risau, gembira dan malu-malu bagaikan pengantin baru.

Selepas Dasaratha pergi, kedua-dua permaisuri itu berpandangan. Mereka tersipu-sipu sambil masih menikmati nasi manis yang diserahkan oleh suami mereka. Rasanya memang enak.

Tiba-tiba, mereka teringat akan Sumitra. Entah mengapa isteri termuda itu masih belum sampai. Dasaratha pula langsung tidak bertanya tentang ketiadaannya sebentar tadi.

"Sumitra mengadu sakit dan pening selepas Maharishi Shringi pergi berjumpanya. Saya harap dia sudah semakin sihat sekarang," kata Kaikeyi.

"Harap-harap begitulah. Entah mengapa suami kita hanya membahagikan nasi manis ini kepada dua bahagian," kata Kausalya.

Kedua-dua permaisuri itu memutuskan untuk membahagikan nasi manis yang ada pada mereka menjadi dua bahagian. Kedua-dua panggu itu digabungkan lalu disimpan untuk Sumitra.

Beberapa minit kemudian, si isteri muda itu pun datang. Dia memang kelihatan kurang bertenaga dan wajahnya sedikit pucat. Tanpa banyak bicara, bahagian nasi manis yang diasingkan tadi diberikan kepadanya.

Maka, ketiga-tiga isteri Dasaratha berpeluang menikmati nasi manis yang diberikan oleh Dewi Agni hasil daripada upacara pemujaan khas yang diadakan. Mereka bertiga yakin bahawa rancangan Shringi pasti akan berjaya.

Dipendekkan cerita, beberapa minggu kemudian, ketiga-tiga permaisuri berkenaan yang belum pernah mengandung walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin dengan Dasaratha, tiba-tiba mula muntah-muntah.

Bidan diraja yang memeriksa nadi mengesahkan bahawa Kausalya, Kaikeyi dan Sumitra mengandung. Sebaik sahaja menerima berita gembira itu, Dasaratha terasa amat bangga.

Pada hematnya, baginda sudah membuktikan kepada para penduduk Ayodhya bahawa baginda masih mampu menjadi seorang bapa walaupun usia sudah semakin lanjut. – Bersambung minggu depan

Syiah: Kerajaan bertindak jika ada bukti, kata Jamil Khir

Posted: 28 Jul 2013 01:38 AM PDT

July 28, 2013
Latest Update: July 28, 2013 05:52 pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom(gambar), berkata kerajaan boleh mengambil tindakan jika ada bukti empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang menjadi pusat penyebaran fahaman Syiah di kalangan pelajar negara ini.

Sambil mendesak pihak yang membuat dakwaan itu mendedahkan IPTA terbabit, beliau berkata:

"Soal nak tuduh mesti ada bukti. Sebab itu laporan oleh beberapa akhbar tempatan hari ini mengenai perkara itu tidak mendedahkan nama keempat-empat IPTA berkenaan," katanya semasa diminta mengulas isu itu.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 500 golongan kurang bernasib baik peringkat Parlimen Jerai sempena Aidilfitri di Masjid Al-Hanan, Teroi, hari ini.

Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata walaupun tiada bukti dalam banyak kes pihak berkuasa masih perlu menyiasat laporan perkara-perkara yang didedahkan.

"Kita tahu ada pelajar asing dari Iran dan Iraq yang menganut fahaman Syiah mengamalkan ajaran Syiah tetapi mereka sama sekali tidak dibenarkan menyebarkan ajaran itu di kalangan pelajar tempatan.

"Mereka yang melanggarnya sama ada didokong oleh Iran atau Iraq pasti diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk didakwa di Mahkamah Syariah atau Sivil. Kita telahpun melakukannya sebelum ini," kata Jamil Khir.

Katanya kerajaan berterusan menguatkuasakan undang-undang dan tidak bertolak ansur terhadap pengembang fahaman Syiah kepada umat Islam di negara ini berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sehubungan itu, katanya, tindakan bersepadu untuk menghadapi ancaman Syiah akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri kerana enakmen dan akta untuk membanteras fahaman itu terletak di bawah negeri, katanya.

Menjawab soalan, beliau berkata kerajaan tidak boleh menyekat amalan pelajar asing yang berfahaman Syiah kerana ia menyentuh soal kebebasan pendidikan cuma mereka tidak boleh menyebarkannya.

Mengenai sumbangan itu, Jamil Khir berharap ia dapat meringankan sedikit bebanan golongan kurang bernasib baik dan berkemampuan membuat persediaan menyambut Aidilfitri. - Bernama, 28 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved