Rabu, 3 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tebing runtuh di Ukay Perdana, tiga pekerja Myanmar maut

Posted: 03 Jul 2013 02:42 AM PDT

July 03, 2013

Tiga pekerja binaan rakyat Myanmar maut manakala seorang cedera setelah tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di kawasan pembinaan di Taman Sierra, Ukay Perdana di sini hari ini. 

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Alam, Kowrin dan Romzo Ali, berumur antara 29 dan 34 tahun. 

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian pada pukul 11.29 pagi itu, lapan pekerja sedang membuat kerja sistem perparitan. 

"Runtuhan tebing setinggi tiga meter itu telah menghempap empat orang...tiga mati tertimbus manakala seorang lagi patah kaki dan dia kini dirawat di Hospital Ampang. 

"Kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tertimbus," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian, hari ini. 

Beliau berkata ketiga-tiga mayat rakyat Myanmar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. 

Sementara itu, Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan projek supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta sehingga siasatan selesai. - Bernama, 3 Julai, 2013.

RCI: Pendatang ceraikan isteri, kahwini wanita Sabah untuk kukuhkan kewarganegaraan

Posted: 03 Jul 2013 02:38 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis
July 03, 2013

Pendatang dari Filipina hari ini membuat pengakuan kepada Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perkahwinannya dengan wanita Sabah bertujuan mengukuhkan 'kedudukan' kewarganegaraannya.

Pada sesi soal siasat inkuiri itu, Abdul Latif Jumani selaku saksi ke-161 berkta demikian di depan panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, malah menceraikan isterinya sebelum ini, bagi mengahwini rakyat tempatan.

"Kamu cerai isteri Filipina kamu cuma satu helah untuk kahwin orang Sabah supaya kedudukan kamu sebagai orang Sabah lebih kuat?" soal pegawai penyiasat, Jamil Aripin sebelum Abdul Latif dijawab: "Ya."

Abdul Latif berasal dari Pulau Ubian Filipina sebelum memasuki Sabah melalui jalan laut pada 1972 ketika berusia 14 tahun bersama ibu dan dua adiknya.

Beliau menceraikan isterinya dari etnik Bajau Filipina walaupun sudah 10 tahun berkahwin atas alasan tidak mampu memberikannya zuriat, sebelum mengahwini wanita tempatan berketurunan Brunei pada 2004.

Mereka kemudian dikurniakan dua anak, masing-masing berusia lapan dan enam tahun. - 3 Julai, 2013.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved