Khamis, 4 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


BN perlu lebih demokratik, libatkan pembangkang dalam program

Posted: 04 Jul 2013 02:31 AM PDT

July 04, 2013

Barisan Nasional (BN) perlu bersikap lebih demokratik dan terbuka dengan turut melibatkan wakil pembangkang dalam program mereka, kata seorang ahli akademik.

Timbalan Dekan (Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni) Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Shaharuddin Badaruddin, berkata langkah itu penting untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya di bandar terhadap kerajaan.

"BN perlu berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak terikat kepada pada kebiasaan. Beri peluang untuk pemimpin Pakatan Rakyat mengemukakan pandangan. Panggil mereka untuk sama-sama berhujah.

"Bila keterbukaan dilakukan, ia akan menarik rakyat khususnya di bandar kepada BN," katanya kepada Bernama di luar Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2013 hari ini.

Shaharuddin berkata, media di negara ini masih bersifat tradisional berbanding media lain di Asia Tenggara yang menampilkan wakil pembangkang dalam program mereka.

"Di Singapura misalnya, parti pemerintah PAP beri peluang kepada pembangkang untuk bercakap di televisyen.

"Ia bukan menarik perhatian rakyat untuk sokong pembangkang, sebaliknya menyakinkan rakyat untuk undi BN sebab BN dilihat lebih demokratik dan terbuka," katanya.

Beliau berkata, corak pendekatan yang diambil BN di peringkat kerajaan pusat akan membantu mereka memenangi semula negeri yang jatuh ke tangan pembangkang seperti Selangor.

Katanya, sifat bandar di Selangor membuatkan rakyat tidak lagi teruja dengan program bantuan dan pembangunan semata-mata, sebaliknya mereka mahu kerajaan menghormati dan tidak menganggap mereka seperti 'anak kecil'.

Terdahulu ketika sesi pembentangan kertas kerja, Shaharuddin berkata antara faktor Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan Selangor ialah kerana pemasaran politik mereka yang lebih berjaya berbanding BN.

"Manifesto Pakatan Rakyat dilihat lebih menarik bagi masyarakat bandar. Cadangan penurunan harga kereta, penghapusan PTPTN, malah billboard mereka juga lebih menarik perhatian.

"Mereka keluar daripada amalan kebiasaan dan mendapat perhatian rakyat," katanya.

Shaharuddin berkata. jika BN berani keluar daripada kepompong kebiasaan, tidak mustahil Selangor mampu ditawan semula pada pilihan raya umum ke-14. Bernama, 4 Julai.

Satu kes kad pengenalan paslu setiap dua minggu - Pengarah JPN Sabah di RCI

Posted: 04 Jul 2013 01:37 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis
July 04, 2013

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini diberitahu, sindiket kad pengenalan palsu di negara ini berleluasa berdasarkan kekerapan satu kes dilapor setiap dua minggu. 

Memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ismail Ahmad ketika menyentuh isu pendatang asing mendapati ramai pemegang kad pengenalan palsu menggunakan alamat Sabah

"Sindiket IC palsu memang ada. Dia (pemegang kad palsu) di Kuala Lumpur, pakai alamat Sabah. Setiap dua minggu ada kes dilapor," katanya sambil menambah kebanyakan kes membabitkan kad pengenalan bermutu tinggi.

Saksi ke-163 itu, berkata pengesanan kad pengenalan meragukan biasanya  dikesan apabila mereka menukar resit kad pengenalan sementara kepada kad pengenalan.

"Apabila ada IC yang tidak betul datang ke JPN, kita semak dan jika mendapati dia tidak layak kerana kad pengenalannya meragukan, kita tarik balik IC itu.

"Seseorang yang tidak layak tidak boleh dapat IC," katanya depan Ketua Panel inkuiri berkenaan yang juga bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved