Jumaat, 5 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pegawai kanan Petronas didakwa terima rasuah, terlibat aktiviti pengubahan wang haram

Posted: 05 Jul 2013 02:56 AM PDT

July 05, 2013

Seorang pengurus di Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan menerima rasuah bernilai RM403,000 dan empat pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM385,000 melalui beberapa keping cek serta deposit tunai.

Idris M. Shuhud, 47, yang bertugas di projek penggantian saluran paip syarikat itu, didakwa menerima rasuah daripada pengarah syarikat Penaga Orbit dan Genius Response Kamaruddin Mohd Daud untuk pembayaran terhadap pembelian dan pengubahsuaian rumahnya di Bandar Tun Hussein, Cheras sebagai upah kerana meluluskan dokumen urusan rasmi Petronas.

Dokumen berkenaan ialah Penilaian Bidaan Teknikal, Penilaian Bidaan Komersial dan Sijil Penyiapan Kerja. 

Tertuduh, yang ketika itu bertugas sebagai pengurus kanan Hook-Up Commisionin (HUC) Bahagian Pembangunan di Petronas, didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Kuala Lumpur antara 5 Mac 2009 dan 20 Jan 2012.

Bagi kesalahan itu, Idris didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, dia didakwa melakukan satu kesalahan Maybank cawangan KLCC dan tiga kesalahan di Bank Islam Malaysia Berhad, Seksyen 14 Shah Alam antara 5 Mac 2009 dan 20 Jan 2012.

Idris didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes rasuah dikendali Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof manakala kes pengubahan wang haram oleh Mohd Farez Rahman.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan Idris diikat jamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Ogos untuk sebutan semula untuk membolehkan tertuduh melantik peguam.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pengurus kanan pengurusan risiko pelanggan Petronas Ishak Yusof, 47, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000 sebagai upah untuk pembekalan cecair gas asli sebanyak 125 lori ke syarikat Erision Chem Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan dua kesalahan di Maybank cawangan Segambut dan satu lagi di lobi Hotel Corus, Jalan Ampang di sini antara 27 Ogos dan 19 Sept 2008.

Ishak didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zamzani membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengarahkan Ishak menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. 

Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun, peguam Jasvinder Jit Singh memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana tertuduh perlu menanggung tiga daripada empat anaknya yang bersekolah. - Bernama, 5 Julai, 2013.

Tan Sri MCA ‘trauma’ selepas tembak mati perompak

Posted: 05 Jul 2013 02:46 AM PDT

Oleh Lee Shi-Ian
July 05, 2013

Taikun balak, Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun lalu tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah malam tadi.

Beliau menjadi bahan berita selepas anak jati Pahang itu menembak  mati seorang perompak bersenjata sebuah klinik di Taman Permata, Cheras.

Berusia 68 tahun, Ketua Bahagian MCA Raub itu memberitahu The Malaysian  Insider, beliau menghala pistol jenis Glock ke arah kumpulan perompak termasuk seorang yang berparang dan cuba menetaknya.

"Saya cuba mengelak dari melepaskan tembakan tetapi perompak itu terus  mengancam mahu menetak saya. Saya terpaksa menembak beberapa das," kata Presiden Persatuan Dewan Perdagangan Cina dan Industri itu.

Taikun itu berkata, beliau datang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur atas  urusan perniagaan tetapi berasa tidak sihat dan mengunjungi sebuah klinik.

"Selepas berjumpa doktor, saya menunggu giliran mengambil ubat. Tiba- tiba, dua lelaki bersenjatakan parang masuk ke klinik.

"Kemudian, seorang lagi perompak masuk dan menutup pintu gril dan kami terperangkap dalam klinik. Ketika itu, beberapa pesakit  ada bersama doktor bersama tiga kakitangan dalam bilik rawatan.

Perompak merampas semua barangan mereka sebelum nampak Lim yang duduk di  luar. Seorang daripada mereka menghampiri Lim yang kemudian mengeluarkan  pistol dan memberi amaran supaya tidak mendekatinya.

"Perompak itu juga cuba  merampas pistol saya. Selepas saya melepaskan  tembakan, semua tiga lelaki itu lari dari klinik berkenaan," katanya.

Seorang daripada mereka kemudian ditemui mati kira-kira 30 meter dari  klinik berikutan terkena empat tembakan.

Hanya beberapa selepas kejadian, Lim mengakui berasa tidak selesa di  perutnya.

"Ini pertama kali saya 'dipaksa' menggunakan pistol saya. Saya berasa amat  tidak selesa," katanya yang seakan-akan trauma dengan kejadian itu.

Bapa kepada enam anak itu memberi keterangan kepada polis sebelum  membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Rawatan Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Beliau baru-baru ini menerima anugerah Panglima Seri Mahkota dari Yang  Di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

Sabtu lalu, rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Bukit  Damansara dimasuki tiga perompak yang melarikan beberapa komputer riba  dan beberapa jam tangan.

Kejadian itu mendorong pembangkang mendesak kerajaan untuk mengakui  betapa kadar jenayah di negara ini memerlukan perhatian serius.

Pemimpin DAP, Tony Phua berkata, kejadian jenayah yang berleluasa sejak beberapa bulan kebelakangan ini membuktikan gambaran yang dibuat polis, salah.

Beliau mendesak kerajaan supaya telus dalam membentang indeks jenayah berikutan kerajaan memberi gambaran tidak benar mengenai tahap keselamatan, malah memanipulasi statistik jenayah.

Polis sebelum ini membuat pengumuman bahawa jenayah jalanan menurun 40 peratus manakala indeks jenayah berkurangan sebanyak 25 peratus sepanjang tahun lalu. 5 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved