Ahad, 7 Julai 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kekeliruan Isu perkauman, hudud dan Islam hasilkan keputusan PRU13 - penganalisis

Posted: 07 Jul 2013 02:32 AM PDT

July 07, 2013

Kekeliruan berkaitan isu perkauman, pelaksanaan hudud antara faktor penentu keputusan pengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Profesor Dr Abdul Rashid Morten.

Selain itu, pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga meletakkan manipulasi agama Islam sebagai faktor utama.

"Kempen negatif mengundang kekeliruan seperti undi DAP sama seperti undi PAS, PAS mahu laksanakan hukum hudud, orang Melayu dalam bahaya dan Islam kian terancam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang hasil kajiannya berkaitan PRU13 di UIAM, hari ini.

Abdul Rasid berkata, kemenangan kerusi di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat lebih seimbang berbanding Barisan Nasional yang didominasi Umno.

"DAP menguasai 38 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 30 dan 21 kerusi. Pembahagian negeri juga dilihat adil dengan Pulau Pinang dikuasai DAP, Selangor dikuasai PKR dan Kelantan ditadbir PAS.

"Hal itu tidak berlaku dalam BN kerana Umno menguasai 88 kerusi, MCA dan MIC masing-masing dengan tujuh dan 14 kerusi," katanya.

Beliau juga mendapati DAP mengukuhkan tapak politik di Malaysia berdasarkan pertambahan 10 kerusi, selain kejayaan Pakatan Rakyat menang dua pertiga majoriti di Selangor dan Pulau Pinang.

Penganalisis politik itu menyifatkan BN meskipun tewas undi popular secara keseluruhan tetapi masih menjuarai undi popular di Sabah dan Sarawak.

"Pakatan Rakyat menang undi popular kira-kira 54 peratus berbanding BN 46 peratus tetapi BN dapat undi popular di Malaysia Timur dengan 54 peratus," katanya.

Beliau turut menggambarkan peratusan keluar mengundi pada PRU13 sebagai membanggakan berbanding negara maju lain kerana jumlahnya mencatatkan 80 peratus.

"Sangat membanggakan berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat yang mencatatkan 58 peratus, Jepun (60 peratus) dan Perancis (72 peratus)," katanya. Mengenai rasuah politik, beliau berkata, ia terbahagi kepada dua iaitu rasuah yang jelas dan pemberian kerajaan melalui pembentangan bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rang undang-undang ganti Ordinan Darurat dibentang September - Zahid

Posted: 07 Jul 2013 02:03 AM PDT

Oleh Muzliza Mustafa
July 07, 2013

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus berdiam diri terhadap kemungkinan eleman penahanan tanpa bicara diamal dalam undang-undang baru yang menggantikan Ordinan Darurat.

Beliau cuma berkata, penahanan tanpa bicara itu tidak diberi keutamaan dalam perbincangan terhadap rang undang-undang baru itu.

"Kita dengar pandangan semua orang dan kita tahu semua orang termasuk Majlis Peguam membantahn penahanan tanpa bicara.

"Kita perlu akui betapa polis perlu diberi kuasa mencukupi untuk melaksanakan tugas dan kita berusaha ke arah itu," katanya.

Zahid berkata, dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dan Nancy Shukri, ditugas untuk mendapatkan maklum balas mengenai draf undang-undang baru itu.

Katanya, draf sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan dijangka siap sepenuhnya serta dibentang pada sidang Parlimen September depan.

Khamis lalu, Zahid berkata, kerajaan merangka undang-undang baru dalam usaha membanteras jenayah selepas memansuh Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Katanya, kerajaan mengalu-alu cadangan semua pihak termasuk pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan undang-undang baru itu, berkesan.

The Malaysian Insider baru-baru ini menemu bual beberapa pegawai polis kanan yang mendakwa pemansuhan undang-undang pencegahan mengakibatkan lebih 2,000 tahanan kembali ke sisi masyarakat.

Polis juga mendakwa, bekas tahanan itu kini kembali mengulangi jenayah lama manakala 'tangan polis terikat di belakang'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata undang-undang baru yang diperkenal bagi menggantikan Ordinan Darurat bertujuan melindungi kepentingan awam.

Katanya, polis membawa dua cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri ketika perbicangan undang-undang baru itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo menyalahkan kerajaan berikutan kegagalan membendung jenayah, sebaliknya percaya Perdana Menteri hanya mahu membaiki imej kerajaan ketika memansuh undang-undang pencegahan.

Mencadangkan undang-undang dibaik pulih sepenuh terutama membabitkan kuasa polis dan proses penahanan, beliau berkata, kerajaan perlu merangka pelan holistik bagi mengatasi masalah itu. 7 Julai, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved