Isnin, 12 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa

Anwar sahkan, Najib tawar kerajaan perpaduan dengannya, lapor Asia Sentinel

Posted: 12 Aug 2013 01:42 AM PDT

August 12, 2013

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.

Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.

"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.

Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.

Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu.

Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13.

Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan  Rakyat sendiri.

Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13.

Dalam suasana yang ada, pemimpin Umno berpandangan, menawarkan sebarang hubungan dengan pembangkang akan melambangkan kelemahan Umno.

Dalam hal ini, Asia Sentinel membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu."- 12 Ogos 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved