The Malaysian Insider :: Bahasa |
Serangan di medan Rabaah: 450 terbunuh, 10,000 penyokong Morsi cedera Posted: 14 Aug 2013 01:36 AM PDT Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara. Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera. Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu. Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi. Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah. Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak. Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.-14 Ogos 2013. |
Panggil Cina pendatang, MCA buat laporan polis ke atas Papa Gomo Posted: 14 Aug 2013 01:17 AM PDT Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman. Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau. "Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini. Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini. Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini. Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat. Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot. Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini. Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya. – 14 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan