Jumaat, 16 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


RCI: Bekas tahanan ISA cadang peranan SPRM diperkukuhkan - Bernama

Posted: 16 Aug 2013 02:34 AM PDT

August 16, 2013
Latest Update: August 16, 2013 05:40 pm

Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mencadangkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkukuhkan dalam membanteras kegiatan pengeluaran kad pengenalan (IC) kepada warga asing, khususnya pendatang asing tanpa izin.

Ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah hari ini, Hassnar Ebrahim berkata SPRM perlu penambahan kakitangan agar siasatan terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan itu dapat dijalankan secara berterusan.

"Pengeluaran IC kepada warga asing masih berjalan. Kalau sebelum 1985, permohonan untuk mendapatkan IC adalah percuma, sekarang, orang sanggup membayar sampai ribu ringgit untuk mendapatkan IC," dakwanya.

Beliau juga mencadangkan setiap permohonan IC di Sabah diteliti oleh sebuah panel negeri dahulu sebelum diproses di peringkat Jabatan Pendaftaran Negara.

"Siapa-siapa pun boleh memohon. Tetapi sebuah panel dari Sabah sahaja boleh mengenal pasti sama ada pemohon adalah penduduk asal Sabah," katanya.

Mengenai cadangan pihak lain untuk menarik balik semua IC dan mengeluarkan semula IC kepada penduduk asal Sabah, Hassnar berkata cadangan itu baik, tetapi mungkin mengundang kesusahan kepada penduduk yang tidak mengetahui asal-usul keluarga mereka.

Beliau juga berkata cadangan untuk menghantar pendatang ke negara asal mereka, khususnya mereka yang telah mendapat pekerjaan di Sabah, akan menjejaskan pembangunan ekonomi di negeri ini.

Oleh itu, beliau berharap RCI dapat mencari satu mekanisme sesuai agar pembangunan negeri, khususnya di sektor perindustrian dan perladangan di mana terdapat ramai pekerja asing, tidak terbantut kerana usaha pengusiran pendatang asing tanpa izin.

Hassnar mendakwa ketika beliau dilantik sebagai Ketua Daerah Sandakan pada 1981, beliau telah diarah oleh pemimpin negeri untuk terlibat dalam usaha pengeluaran IC atau lebih dikenali sebagai Projek IC.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jika Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam projek tersebut.

"Saya pernah jumpa Dr Mahathir. Tetapi saya tidak pernah terima apa-apa arahan oleh beliau berhubung Projek IC," katanya.

Hassnar juga berkata beliau pernah menulis surat kepada Dr Mahathir untuk memaklumkan mengenai pemimpin Semenanjung yang didakwa terlibat dalam projek itu. - Bernama, 16 Ogos, 2013.

DAP sangkal fitnah Khairy, pemilihan semula kerana tiada pilihan

Posted: 16 Aug 2013 02:23 AM PDT

OLEH MD IZWAN
August 16, 2013
Latest Update: August 16, 2013 05:28 pm

DAP menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kononnya keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) adalah pengakuan bersalah oleh pimpinan DAP, menegaskan keputusan tersebut diambil kerana parti tiada pilihan lain.

Ketua Whip DAP Anthony Loke (gambar) berkata Khairy sebagai seorang yang terdesak untuk mendapatkan sokongan menjelang pemilihan parti Umno sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Dakwaan tersebut langsung tidak berasas kerana pucuk pimpinan DAP mengambil keputusan membuat pemilihan semula seperti yang diarahkan oleh RoS disebabkan kita tidak ada pilihan lain.

"Hanya kerana nak memenangi hati ahli-ahli Umno menjelang pemilihan parti, beliau kini sanggup berpolitik sehingga tahap yang begitu rendah sekali," kecam Loke dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu juga mendakwa kenyataan Khairy membuktikan selama ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengikut telunjuk Umno bagi memerangkap DAP supaya terbatal pendaftarannya.

"Sekiranya DAP tidak akur kepada arahan RoS, risiko yang perlu ditanggung ialah pembatalan pendaftaran parti.

"Inilah perangkap politik yang dipasang oleh UMNO kerana objektif utama mereka ialah untuk memusnah dan melenyapkan DAP dari arena politik Malaysia," tegas Loke lagi.

Loke juga membidas RoS kerana bersikap sambil lewa dan melambatkan siasatan mereka walaupun DAP secara terbuka mendedahkan kesilapan yang dilakukan mereka pada Januari lalu.

"Masa yang terlalu lama ini bukan disebabkan DAP tetapi kerana RoS mengambil masa lebih 7 bulan untuk membuat siasatan.

"Kami hanya menerima surat rasmi daripada RoS berkenaan arahan membuat pemilihan semula tanpa diberikan sebarang alasan pada 31 Julai 2013!" tambahnya lagi.

Semalam, pengerusi parti Karpal Singh dalam satu kenyataan mengumumkan DAP bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas berbulan-bulan kontroversi itu berlarutan.

Semua delegasi CEC 2008-2011 akan berjumpa pada Khamis depan untuk membincangkan persediaan bagi mengadakan pemilihan semula CEC.

Pada 30 Julai lalu, RoS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan. - 16 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved